21 February 2017

Selamat Tinggal Prepaid Celcom..Selamat Tinggal P1Wimax unlimited


Menarik kan offer Webe kat atas tu??
.
Akak pun terpengaruh tau. Memang terus sahaja register dan maintain nombor yang sama bagi celcom prepaid number 019.411.xxxx .
.
Prepaid ni cuma pakai untuk oncall dan urusan bukan personal. Jadi akak terus daftar beli pada 26 Januari baru-baru ini. Sebenarnya nak daftar online pun boleh, nak daftar di TmPoint pun boleh sebab Webe ni under TM. dan Webe juga adalah dibrandingkan dari company P1 kalau tak silap. Kebetulan sebelum ni memang ambil pakej wifi for home unlimited ( RM 99 ) dan kontrak 2 tahun dah pun habis. Jadi disebabkan kurang berpuas hati dengan prestasi P1 sejak beberapa bulan lepas, jadi akak rasa, baiklah pakai pelan Webe ni. Dah memang kebanyakan masa guna phone sahaja untuk online.
.
Bila dah daftar, simkad tetap kena tunggu delivery ya. Alhamdulillah, esoknya GDEX dah datang hantar simkad. Tapi bila dah sampai, simkad belum boleh guna lagi. Kena tunggu lagi 4 hari baru dapat notifikasi sms dari celcom untuk bertukar dari celcom ke webe. Kemudian barulah boleh guna.
.
So far, oklah sikit dari kena guna data plan celcom nak kena top up sahaja. Webe ini unlimited. Jimat la sikit dari membuang duit untuk wifi lagi, data plan hp lagi. Dah jimat skit.
.
Nak lagi best, kebetulan akak dapat CABUTAN BERTUAH lagi hari ini..
.
Dapatlah hadiah pendrive 8GB dari TMPoint Kangar.
.
Alhamdulillah...