Jumaat yang penuh keberkatan. 3 Rejab.
Hari ini, Zati ambil keputusan besar dalam hidup selepas 23 tahun berkaca mata.
Teringin sangat nak hidup tanpa cermin mata. Spek ni asyik hilang / cari tak jumpa lepas tanggal sebab vision tanpa spec 6/60..huhu. Lepas tu mula lah kerahkan anak, suami tolong cari spek. Kesiannn.
Zati mula pakai spek sejak darjah 4. Tapi kebanyakan masa, on n off. Mula pakai sepenuhnya sejak darjah 6 setelah power mata naik mendadak selepas tak compliance dengan spek.
Untuk yang ingin menjalani pemeriksaan / Lasik / Relex Smile, silalah buat temujanji terlebih dahulu. Macam Zati, Zati call dan book tarikh 31Mac dan staff disana sudah maklumkan anggaran kos pembedahan Relex Smile jika fit untuk op pada hari yang sama ialah 12600. Kos Lasik pula 8000 - 9000
930am : Appointment di Prof Muhaya Eye & Lasik Centre di Kajang.
Seperti biasa 9am dah gerak dari hotel menaiki uber dengan kos kurang RM10.
Sesampai di sana, register di kaunter dan dibekalkan artificial tears eye drop.
Kurang 5min, nama mula dipanggil oleh EnRidzuan untuk pemeriksaan mata mengguna mesin-mesin berikut
Autorefractometer : Untuk menentukan baseline power mata anda, dan semak power spek yang anda pakai jika ada.
Optical Coherence Topography ( OCT) : Untuk check keadaan urat mata atau lebih spesifik, macula dan optic disc.
Ini penting untuk kenalpasti sama ada, anda ada masalah macula, glaucoma yang mana jika ada, secara automatic, Lasix/ Relex Smile tak disarankan langsung.
Fundus Camera: Untuk mengenalpasti keadaan salur darah mata dan detect sebarang keabnormalan yang mungkin ada seperti kesan diabetes, darah tinggi, scar, tear, hole pada retina mata.
Atlas Cornea Topographer:
Untuk memeriksa keadaan lengkungan kornea ( cornea curvature) dan ketebalan kornea tengah ( central cornea thickness) .
Minimum ketebalan kornea yang sesuai Lasix adalah 470. Zati pula seperti berikut
Kiri : 602
Kanan : 600
Refraction Test
Funduscopy
Tepat pukul 12, lepas pemeriksaan bersama optometrist, mata start dititis ubat kembang mata. 20min, anak mata mula dilated. Mata start kabur. Nak sms pun agak kabur tapi masih boleh. Sebab tu lah, anda dilarang datang seorang. Jika keseorangan macam Zati ni time balik tak apa sebab naik Uber kan. Husband jaga Anak2 di hotel berdekatan. Taknaklah pesakit lain terganggu jika anak menangis ke..
Agak lama juga, dalam 1230 nama dipanggil ke bilik Prof Muhaya. Alhamdulillah, Prof sangat tangkas.. Manage handle so many patient in clinic and at the same time doing more than 8 operations on the same day. Subhanallah. Memang benar2 insan hebat.
Selepas pemeriksaan oleh Prof, Zati dibenarkan masuj ke bilik minor OT untuk melihat kes pembedahan Lasik dan Relex Smile 3 pesakit lain. Untuk yang bawa peneman, memang ada ruangan khas ( viewing area) untuk melihat ahli keluarga yang sedang menjalani pembedahan. Dibenarkan pula rekod video dan mengambil gambar tapi tanpa flash sahaja.
120pm semua staff, pelawat bahkan Prof berhenti solat Zuhur berjemaah. Kagum. Pengumuman turut dilakukan untuk mengingatkan pesakit / peneman lelaki untuk solat Jumaat di masjid berdekatan.
Oleh kerana pada asalnya pembedahan Zati berubah dari pukul 2pm dijadual semula kepada pukul 3pm untuk memberi laluan pada kes pembedahan warga emas, Zati akur. Tak ada masalah pun setakat sejam. Lagi pula Anak2 selesa tidur di hotel, tak ada lah masalah anak mengamuk sebab bosan di klinik.
Sepanjang dari 930-330pm, ada staff perempuan yang asyik menghidangkan air seperti teh, teh tarik, kopi dan roti bakar kepada semua pesakit dan peneman. Jadi, Zati lunch roti bakar yang dihidangkan sahaja. Tak susah lagi nak keluar mencari restoran berdekatan.
ALHAMDULILLAH
ALHAMDULILLAH
ALHAMDULILLAH
Lunch
Minum pagi
Berbalik pada Pembedahan Relex Smile Zati
Waktu masuk Minor OT : 300pm
Waktu Pembedahan Selesai : 320pm
Operation cuma mengambil masa Kurang 5min, cuma masuk awal untuk menunggu giliran pesakit lain dahulu, barulah giliran Zati.
Sepanjang pembedahan, hanya kata2 semangat dan motivasi diberi pada Prof Muhaya. Beliau turut mengingatkan, janganlah bangga dengan title kita. Jadilah humble, sentiasa tolong orang lain, doktor yang beriman, isteri mithali dan tak lupa diingatkan supaya nikmat penglihatan yang dikurnia digunakan ke jalan yang diredhaiNya.
Jam 330pm, usai pembedahan, Zati diperiksa sekali lagi.
Tiada sakit
Sangat Berjerebu ( jangan risau , itu adalah normal )
Zati dah boleh nampak orang senyum tanpa spek. Alhamdulillah
Vision improved dari 6/60 to at least 6/6 immediately after op. satu perubahan sangat mengujakan cuma disebakan anak mata masih kembang ( dilated ) sampailah ke pagi esok makanya jerebu pun sama. Sekali lagi Prof ajak bergambar.
5pm selamat tiba di hotel semula. Masa ini memang sangat sakit. Nak buka mata pun macam ada pisau di mata mungkin disebakan luka yang bergesel setiap kali kelipkan mata.. Jadi untuk mengelakkan sakit memang Zati pejamkan mata sahaja kecuali waktu pakai ubat mata sampailah malam pukul 8pm sakit sudah hilang.
Alhamdulillah. sekarang boleh say goodbye pada spek. Semoga katarak ( selaput mata yang biasa jadi pada orang tua ) lambat terjadi pada Zati. Amin
total kos : 12k + ( lama oiii menabung gaji )