24 March 2015

Panduan Selepas Dapat Kunci Rumah


Aura rumah baru masih terasa walaupun sebenarnya dah dapat kunci dari Januari 2014 tapi sampai sekarang belum rasmi masuk rumah. Renovate sikit2..so lambatla.

Hari ni saja nak share panduan dari perkongsian yg lebih berpengalaman

1) Masuk rumah dengan lafaz bismillah


                                                        السَّلَامُ عَلَيْنَا وَعَلَى عِبَادِ اللهِ الصَّالِحِيْنَ

2) Try semua kunci rumah yang diberi pemaju. Pastikan takde yang sangkut / takde kunci. Kalau ada defect sila catat pada borang aduan defect yang dibekalkan pemaju

3) Tips seterusnya adalah mengunci rumah anda, pagar, tingkap, tingkap toilet, sliding door pintu dan segalanya yang memungkinkan access mudah keluar masuk rumah oleh pencuri kabel letrik selepas anda explore rumah baru anda.

4) Apabila meter letrik dan meter air dah dipasang dan rumah telah mempunyai bekalan air serta bekalan elektrik. Sila pastikan pili air di rumah anda mengalirkan air dengan sempurna.

5) Pergi ke rumah dan duduk di dalam rumah baru anda di saat hujan sedang turun dengan lebatnya. Pastikan takde sambungan atap atau atap yang bocor dan mengalirkan air. 

6) Sila goyang-goyangkan pemegang tangga rumah anda, pastikan ia kukuh. kadang-kadang ada yang longgar dan bergoyang-goyang.

7) Sila periksa semua tiles / dinding / siling supaya bebas dari sebarang rekahan. 

8) Bilik air tingkat atas tidak bocor. Hehe. Caranya, ambil binding tape, sealkan sepenuhnya lubang aliran air keluar. Penuhkan bilik air dengan air buat ala2 kolam gitu. Biarkan seminggu

9) Pastikan meter air berkunci ok

Ok selepas proses menyiasat rumah dengan  tips di atas selesai barulah anda boleh merenovate dengan jayanya.

0 comments:

Post a Comment