21 April 2015

Langsir

Apalah erti rumah jika tiada langsir. Diibaratkan seperti wayang free untuk orang luar terutama waktu malam.

Penat juga bab memilih langsir ni. Disebabkan masa pilih langsir tu pun di trimester ke3 mengandung jadi tak mampu den nak survey banyak-banyak kedai apatah lagi syurga langsir di Nilai. 

Sempat survey 4 kedai je:

  • Nagoya Jitra
  • Kedai Langsir K.Ina di Kedai MARA
  • Hani Decor
  • Ayu Ria Kedai Kain

Antara keempat-empat tu hanya berkenan dengan Kedai Ayu Ria . Tu pun harga pasang rod lebih murah bg sekaki. Walaupun tak banyak stok dan pilihan, at least adala langsir yang boleh tangkap muat. Takpe, tahun2 akan datang kalau dah bosan kasi tukar. Tu pun day curtain xpasang lagi pun sebab tak berkenan langsung. Nanti-nanti jelah..
Lagipun rumah kan dah tinted, xeffect sgt klu xde day curtain.



Padah rumah banyak sangat tingkap dan sliding door maka kos langsir pun berganda-ganda. Amekk kaww.

Tu pun dah berhabis RM 5300 setakat ni. Guna duit siapa ekk?? Tq en husband. I lap u lahh..Hehehe

0 comments:

Post a Comment