03 May 2015

Masuk Rumah Baru

Semalam adalah hari pertama kami sekeluarga bermalam di rumah baru. Agak berdebar-debar juga dan sempena hari yg istimewa ini kami buat majlis kenduri kesyukuran secara kecil-kecilan dan menjemput 20 pelajar Maahad Tahfiz Al- Barakah , Santan Perlis untuk bacaan yassin .


Majlis bacaan yassin bermula pada pukul 9pg turut disertai jiran sebelah rumah.


Selesai bacaan yassin, kami turut menyediakan minum pagi untuk mereka . Kawan dan staff klinik dan jiran terdekat turut dijemput .

Menu minum pagi :
Nasi lemak
Bilis goreng
Telur rebus
Timun
Sambal asing
Ayam berempah

Bihun goreng biasa
Bihun goreng singapore

Nescafe Susu
Teh o
Kuih muih

Aiskrim kon



Seronok dan penat sebab sekarang pun mak buyung ni dah sarat 38mggu ++. Hanya menunggu hari shj.



Semoga kegembiraan kami dan sedekah yg tidak seberapa ini diterima Allah.

0 comments:

Post a Comment