19 February 2015

Cuti CNY

Selamat Tahun Baru Cina pd yg meraikan..

Hari ni n esok cuti. Kebetulan hubby pun balik , jadi dok fikir2 menu apa yg sesuai utk lunch merangkap dinner. Tak kuasa nak masak lain2. 


Last2.. menu nasi ayam yg menjadi pilihan.


Kalau nak ikutkan mcm2 version resepi nasi ayam ni. Nampak je sejenis tp sebenarnya leceh jugak nk masak sbb byk bahan2.





Nasi
B.putih
B.merah
B.besar
3 sekawan
Marjerin 
Daun pandan
Serbuk kunyit
Halia

Sos
Cili padi / cabai besar
Bawang2 
Halia
Cuka
Sos
Garam gula
Air rebusan ayam

Sos kicap
Kicap manis / masin /pekat
Sos tiram
Madu
Air rebusan ayam

Sup ?? Pandai2 la wat

Cara-cara nak buat tak perlu lah update kat sini. Macam ni je catatan buku masakan aku dari dulu. Cukup ada bahan2 then pandai2 la campak2. Lagipun letih otak nk baca instructions bagai. Hehe.

Yang penting ni resepi yg memang kena taste aku setelah digodek2 blog ni sikiit..blog sana sikit
Makan 2 pinggan pun xcukup..Heee.


Ps: Resepi di atas bukan tujuan utk mengajar masak cuma utk my reference kot2 terlupa bahan2 sbb 'rajin' masak sgt kan...Heheee


















17 February 2015

Cucur Kucai n Sos Homemade

Balik keja terliur pulak bila buka facebook kwn ternampak gambar cucur kucai

Ishhh.. memang tak boleh jadi.. terliur mak buyung ni haa

Godek2 resepi sos dr member..terus kerah adik g beli daun kucai n tepung gandum

heee..

Macam biasa. Ammar Wafi mmg syiokk tolong ummi dia masak2 ni.

Ummi pun mmg nak train bg dia pandai masak. Esok-esok malas masak bleh request anak masak. Perghh.. niat dah xbetul tu.. haha


Kemain sonok dia guna alat ala2 turbo chopper tapi versi murah

video

CUCUR

2cwn tepung gandum
2 sudu tepung beras ( nak kasi garing luar )
Kucai
Tauge
Telur
Garam 
Gula
Serbuk kunyit

SOS
Cili kering
Bwg putih
Cuka
Gula ( Pasir / Melaka )
Garam gula

Taraaa
.
.
.
.
.
.
Mak buyung pun melahap tak ingat dunia

:))