Showing posts with label Travel. Show all posts
Showing posts with label Travel. Show all posts

30 March 2017

Trip ke Kajang

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Lama tak menulis di sini,  hari ni Zati dan Anak2 berkunjung ke Kajang kerana esok ada appointment di sana.

910am sudah bertolak dari rumah mak di Kuala Perlis.  Kereta parking di airport sahaja.
Flight Malindo bertolak ke Subang 1125am. Ke sana,  kawan merangkap rakan sekerja turut serta.  Husband bakal menyusul kemudian sebab dia ada job di Kerteh. Senang den ada yang teman,  yelah,  kalau tak,  semput juga mana nak tolak beg besar gedabak,  stroller dan pegang tangan Wafi lagi.  Thanks Um 😘😘

Sempat lagi berwefie yaaa



Setibanya di subang,  kami berpisah. Masing2 grab Uber.  Sebelum book uber,  sempat lagi survey di kaunter taxi airport berapa harga ke Prescott Hotel,  Kajang.

Taxi : RM65
Uber : RM45

Oleh kerana perbezaan harga yang agak ketara,  of course la Zati book Uber kan.  Dapatla naik vios.Driver baik. 5 bintang akak bagi ya sebab tolong angkat beg,  stroller sampailah ke lobi hotel.

Prescott Hotel ni,  Zati dah book awal lagi melalui expedia.com

Harga walk in / phone booking : RM145 tanpa breakfast
Harga expedia.com                     : RM128 room with breakfast ( request twin bed + remarks pada hotel nak babycot)


Tak sangka,  masa check in,  diorang bagi bilik yang ada katil king,  1 single bed dan siap babycot. Wowwwww..  Memang terbeliak mata akak ni bila buka pintu bilik.  Terkesima punya pasal. Rupa-rupanya hotel upgrade bilik superior yang ditempah kepada family room tanpa caj tambahan.

Disebabkan anak belum makan,  Zati pun order makanan hantar ke bilik.
Minta bihun goreng je. Tapi punyalah baik,  Free of charge Jus Oren lagi. Alhamdulillah.  Lagilah hati sangat seronok.  Harga bihun goreng yang siap ada udang,  sotong cuma   *
RM6. 50.. Besttt.. Masakan pun sedap.

Esoknya,  oleh kerana appointment zati takut habis lambat., zati plan nak tambah lagi 1 malam.  Terus book menggunakan expedia juga untuk superior room tapi boleh dapat harga lagi murah,  Cuma RM97.20 tapi boleh maintain stay bilik yang sama.  Wowww.

Lain kali,  bolehla datang sini lagi.  Jomm travel.. :-)



19 September 2016

Cuti-cuti Sabah Lagi..

Salam Aidiladha buat semua yang menyambutnya

Macam mana sambutan tahun ini?
Zati macam biasa, terpaksa oncall sehingga 8pagi hari raya pertama tu.

Tapi pagi tu juga naik flight balik kampung suami di Jeram, Selangor
Sebenarnya balik raya + bercuti ke Sabah jua sebab nak habiskan tiket raya tahunan yang company suami bekerja peruntukkan untuk satu keluarga. Lebih baik guna sebelum tamat tempoh.

Disebabkan anak-anak kurang sihat, kami tidak pergi jauh. Sekadar berjalan-jalan di sekitar Kota Kinabalu sahaja.

Trip ke pulau ( Manukan, Sapi, Mamutik ) dah pergi tahun 2011 masa mengandungkan Wafi 6 bulan
Trip ke Kundasang, Ranau dah 2 kali. Kali pertama masa honeymoon, kali kedua bersama mak dan adik perempuan 2014

Kalau ada yang mati akal nak ronda Kota Kinabalu, boleh cuba ke sini pula ya.






Taman Buaya Tuaran( 30 minit dari Kota Kinabalu )

Harga tiket
 DEWASA RM 16

Pelbagai jenis buaya dipamerkan.Bolehlah ajak anak-anak sambil mengajar rupa bentuk sebenar buaya, Manalah tahu, kalau asyik tengok gambar dalam buku sahaja, takut keliru pula dengan biawak..Eh..hehe

Nah bukti kami dah ke sini ya
Gambar buaya sebenar tidak disertakan.



Grand Illusions, Tg Aru
Di sini anda boleh mengisi masa lapang memahami konsep sains mudah seperti graviti dan lain-lain.
Mula-mula macam bosan bila suami ajak, tapi bila masuk seronok pula sebab masa tu kami sekeluarga sahaja yang melawat dan ada part yang mencabar juga seperti mencari jalan keluar. Awas kalau anak anda fobia bilik gelap. Pandai-pandaila pujuk ya.






09 January 2016

Cuti-Cuti Sabah ( Kota Kinabalu )

Hai semua & salam tahun baru 2016
.
Walau dah hari ke9 di tahun ini, masih tak terlewat nak ucapkan Semoga Tahun Baru 2016 ini kita semua berjaya mencapai impian masing-masing..
.
.
Kali ni akak nak cerita kenangan ke Sabah. Sudah beberapa kali ke sana sebab HUBBY memang bertugas di sana.
.
Tak mau cakap banyak tempat, kali ini akak nak share pengalaman menginap di Kota Kinabalu
.
.
Masa disana, akak tak stay di rumah sewa husband sebab yelah kan dia pun ada housemate lelaki, takkan nak bawak bini masuk.
Jadi kami dan if family join, memang akan menginap Condotel Marina Court, KK
.
PREVIEW SKIT GAMBAR
.
.









Sangat-sangat recommended. Akak bagi 4 bintang untuk kebersihan dan servis

Antara kemudahan yang ada di sini :
Apartment 3 bilik
Bilik Air 2
Dapur beserta kelengkapan memasak, periuk nasi, cerek , peti ais, pinggan mangkuk, microvawe oven
Mesin basuh
Swimming pool
Free wifi
Fully aircond
Lokasi sangat strategik dengan kawasan tarikan pelancong dan jeti untuk island hoping

    Nearest transport:
  • South Bus Terminal (0.5 Km / 6 min walk)

    Distance to airport:
  • Kota Kinabalu International Airport (4.2 Km)

    Top nearby attractions:
  • Warisan Square (0.0 Km)
  • Tourism Malaysia (0.1 Km / 2 min walk)
  • Airworld Travel & Tours (0.2 Km / 3 min walk)
  • Port View Seafood Village (0.2 Km / 3 min walk)
Note: Distances are measured as a straight line.




Pendek kata memang tak nyesal stay sini, harga pun berpatutan.

Haa..
Kalau nak booking boleh wassap 014.8382315 ..
Kalau nak pi cuti sekolah tu, jangan lambat2 book.. Penuh kot hotel area KK ni.. 

Nanti akak share lagi pasal Sabah untuk next entry ya