09 June 2017

Renovation Rumah Kangar

Baru-baru ini penyewa rumah sewa fully furnished Zati di Kangar dah dapat penempatan kerja di Perak setelah 2 tahun menyewa. Alhamdulillah, rumah masih dalam keadaan baik. Yalah, yang sewa tu suami isteri pun doktor siswazah aka HO , haruslah jaga nama baik kan.
.
Bila dah keluar penyewa mulala idea nak renovate lagi rumah sampai.  Tapi taklah beriya sangat kan, sebab nak sewakan kat orang sahaja.

RENOVATION KALI INI
--------------------------------


1) Tukar tangki air atas bumbung rumah yang dah bocor.


Tangki N100 / 150 Galloon dari Kedai Unisyun sekali penghantaran
===========
Harga RM 175 
 ==========

2) Pasang pendawaian dan soket baru untuk water heater , suis untuk mesin basuh yang lebih dekat , tukar lampu kalimantang dan suis lama.
    Tukar tangki flush sekali baiki kebocoran di sambungan

soket untuk mesin basuh dan water heater

wiring water heater



TOTAL UNTUK UPAH KERJA 1 DAN 2 RM650

3) Cat dinding bahagian kabinet sinki , dalam bilik mandi dan dinding pintu belakang. Lihat gambar.
okla kan, kena cat semula selepas 5 tahun. Kawasan cat dalam bilik ruang lain masih maintain jadi tak payah membazir cat tempat yang masih elok.


selepas cat
selepas cat perhatikan dinding di pintu belakang dan atas kabinet sinki




 Harga cat setong 5L ( SMARTPAINT) 
 Upah cat siap tukang cat tolong belikan.
=========================


Total : RM 300
=========================

Zati masih guna tukang cat melayu yang cat rumah Zati di Arau dulu. Harga sangat berpatutan bagi Zati. Dia tak buat kerja mengecat fulltime ya sebab dia masih bekerja di tempat futsal. Masa lapang sahaja dia boleh . Pun cepat juga.

4) Upgrade kabinet sinki lama kepada yang lebih tahan lasak untuk jangka masa lama. Yelah, dulu masa 2012 masih blur bab nak cari tukang, nak renovate semua. Semua fikir dan urus sendiri untuk rumah Arau / Kangar..almaklum, suami PJJ.

ni gambar 2012 saja nak tunjuk kabinet lama



Kabinet sinki panjang 6 kaki tile / simen tanpa pintu ( pintu recycle yang lama )
Sinki dan piping 
==========================================================
Total kos RM 1680
==========================================================

5) Tukar pintu toilet yang dah berzaman lebih 10 tahun kot. 

pintu kayu lama

pintu baru



Harga pintu RM 75

UPAH RM40

6) Simen kawasan belakang rumah dan buat awning. 

Senang nak pindah kabinet kiosk luar rumah tu kat belakang. Semak nanti bila ada orang nak sewa homestay. Nak masuk parking 2 kereta mula la sangkut. Ke ada yang berminat nak beli ? Nak letgo murah2 sahaja ni. Condition tip top lagi. Boleh berniaga ala kiosk di pasaraya tau. Sesuai untuk perniagaan aiskrim, waffle dan makanan ringan lain.

whassap tau : 019-411 0957.






#kabinetkiosk
#kioskterpakai


Ni gambar sebelum tambah awning belakang rumah, view dari depan rumah dengan pagar lama

 Nanti gambar bila dah siap awning belakang dan pagar depan zati upload dan update post ni ya.

till then

selamat malam.

esok nak bangun sahur

08 June 2017

Birthday Ammar Wafi

 8 JUNE 


 Bukan main si wafi ni remind ummi dia nak kek birthday superwing sejak 2 bulan lepas. Hamboihhh. Kecik-kecik pun dah pandai request ya. Tapi Ummi layankan juga.
Memandangkan masih di bulan Ramadhan, just sempat order dari baker dari rumah 2 hari sebelum. 

Boleh search Ieda Homemade FB ya.Kebetulan dia memang ada sampel gambar previous customer yang request kek yang sama. Memang rezeki Allah dah tetapkan untuk dia.

Kek saiz 9inci
Perisa vanilla butter
Toys not edible
===============================
Harga termasuk delivery ke tadika ; RM 70
===============================









Semoga Ammar Wafi membesar menjadi anak soleh , menjaga solat dan bijak pandai yang memberi manfaat.

Amin.