21 April 2015

Wardrobe untuk Master bedroom


Yeayy.. Hari ni dah approach 37w . Alhamdulillah

Terpaksa ambil day off lagi hari ni sebab ada tukang nak datang pasang wardrobe. Disebabkan kepala baby dah engaged..Maka jalan pun dah rupa macam penguin rasanya..hohoho. Terasa sangat kepala baby menekan tulang pelvis. Nak angkat kaki tinggi pun dah tak termampu rasanya. Walaupun begitu ku gagahkan jua drive dr Kuala Perlis-Arau

Seusai solat subuh, terus kejut mak untuk solat. Then keluar beli nasi lemak 3 bungkus untuk aku, mak n adik. Lapaq kott..

Nasi lemak kuah asing extra plus susu segar...Nyum2


Lepas bekfas buat lempeng pulak untuk si anak. Nasi2 beliau reject. Nak roti, pizza ja.. Selera Mat salleh betuiila. Seingat aku masa preggy dulu Ummi dia ni asek balun masakan pedas plus sambal belacan je. Heran betuii. 


Okla, berbalik pd wardrobe tadi, Punctual betul deme ni. Janji kul 1040am, 1020 am dah sampai. Terkejar-kejar den drive sebab diorang dah tunggu di Arau. Mujur sampai sebelum 1040am. Tak sempat den nak renew insurans keta dulu.

Jom layan gambar skitt




Harga almari utk 12ft1/2 RM 5400. 

Kira agak murahla juga cmpare to kedai2 lain yg sempat survey. Ada yg letak 7k untuk saiz yg sama


Langsir

Apalah erti rumah jika tiada langsir. Diibaratkan seperti wayang free untuk orang luar terutama waktu malam.

Penat juga bab memilih langsir ni. Disebabkan masa pilih langsir tu pun di trimester ke3 mengandung jadi tak mampu den nak survey banyak-banyak kedai apatah lagi syurga langsir di Nilai. 

Sempat survey 4 kedai je:

  • Nagoya Jitra
  • Kedai Langsir K.Ina di Kedai MARA
  • Hani Decor
  • Ayu Ria Kedai Kain

Antara keempat-empat tu hanya berkenan dengan Kedai Ayu Ria . Tu pun harga pasang rod lebih murah bg sekaki. Walaupun tak banyak stok dan pilihan, at least adala langsir yang boleh tangkap muat. Takpe, tahun2 akan datang kalau dah bosan kasi tukar. Tu pun day curtain xpasang lagi pun sebab tak berkenan langsung. Nanti-nanti jelah..
Lagipun rumah kan dah tinted, xeffect sgt klu xde day curtain.



Padah rumah banyak sangat tingkap dan sliding door maka kos langsir pun berganda-ganda. Amekk kaww.

Tu pun dah berhabis RM 5300 setakat ni. Guna duit siapa ekk?? Tq en husband. I lap u lahh..Hehehe