14 November 2016

Surprise Delivery n Annual Concert

Bulan November adalah antara bulan yang paling dinantikan.  Sebab..??? 
Hari lahir ku jatuh pada 11 November. 
Im kinda obsessed with number 11..(wink).Perhaps my lucky number. 

Lalu pada hari tersebut,  sedang asyik mencatit finding pada eye card patient di klinik,  Tiba2 salah seorang teman sepejabat memanggil dengan mimik muka kunun2 serius.        

Instinct dapat merasakan.. "hmm.. Ada surprise delivery la kot ni"...  
True enuf..        

=)     

Alhamdulillah 
Tanda ingatan daripada si suami

Rasanya ni first time dapat fresh flowers
Tq so much for being here during the most important date in my life even though i still need to go to work. 
Im really appreciate it.. 
........................................................................................ 
Pada 13 November pula,  tadika Ammar Wafi mengadakan acara tahunan konsert dan graduasi. 

Seronok tengok budak-budak buat persembahan walaupun banyak kali juga menguap dalam dewan tu sebab bosan dengan acara yang tidak berkaitan dengan Ammar Wafi.  

Agak kagum dengan kostum yang disediakan pihak tadika.  Cantik-cantik pula tu. 
Apa pun.. Ini kali pertama kami suami isteri terlibat acara rasmi untuk anak sulung kami. 

Bukan main seronok si Wafi bila nampak kami di tempat duduk penonton datang menyaksikan persembahan dia  "Car Wash Dance" diberi nama. Huhu

Jangan cepat besar sangat sayang. 
Nanti Ummi rindu.. 



Semoga dirimu membesar menjadi anak yang soleh dan bijak pandai. 
Amin

05 November 2016

Karnival #maipakatsenyum Perlis

Sabtu yang indah,  hari cuti tanpa oncall harus dimanfaatkan bersama keluarga walaupun tanpa suami di sisi.

Semalam ternampak notis iklan di Klinik Pakar Bedah Mulut HTF ada program di Giant.
Antaranya

Pertandingan Mewarna
Pentas Boneka
Pentomin
Pemeriksaan Gigi Percuma
Pameran etc

Jadi memang berniat nak bawa si Ammar Wafi join Pertandingan Mewarna walaupun tidak tahu pukul berapa contest tu bermula.
Bukanlah nak hadiah sangat pun,  cuma nak bagi dia pendedahan bersosial dengan cara yang baik.

.
.
.
Pada hari kejadian,  datangla kami 2 beranak ni.  Kecewa juga bila dimaklumkan pertandingan dah tamat.  Tinggal aktiviti lain sahaja.  Walaupun lambat,  kami masih join aktiviti lain dan daftar untuk cabutan bertuah.

Tup.. Tup..  Alhamdulillah menang nombor cabutan bertuah
.
104
.
Alhamdulillah
Alhamdulillah
Dapat pula hamper paling besar.

Betullah..
Manusia boleh merancang,  tapi rancangan Allah is the best.

Jom layan gambar kenangan


Salam sayang

Iziati