24 September 2017

Happy Birthday Suamiku

Tanggal 10 September adalah hari ulang tahun kelahiran suami. Tahun ini agak berbeza kerana pada tarikh tersebut kami berada di Ipoh jadi agak sukar nak celebrate birthday semasa otw balik ke Perlis.
.
Kebetulan Sabtu 9 September,  suami ajak teman ke majlis kenduri kawan sekerjanya di Perak, jadi pastinya kami akan bermalam di Ipoh sehari sebelum majlis.
.
Idea nak celebrate awal mula muncul..
.
Jeng
.
Jeng.
.
Jeng
.
Bukannya apa,  sebab tahun lepas rasanya tak ada celebration pun.  Jadi... Tahun ni kita kasi rare sikit dari biasa.
.
Zati terus check 3 freelance yang buat hotel room deco surprise di Ipoh.  Setelah berpuas hati dengan budget yang Zati nak,  maka segalanya settle booking dan bayar sehari sebelum kami check in di Ritz Garden Hotel Ipoh.  Hotel favourite kami setiap kali bertandang ke sana.
.
Jom tengok apa hasilnya ya.
.












Ammar Wafi tiada dalam gambar kerana kami sampai di hotel pun dah hampir midnight.  Wafi dah mamai..  Takde mood nak bergambar lagi. .
.
Husband pula masa nak check in hampir nak bergaduh sebab resit deposit bilik atas nama orang lain,  dia dah fikir receptionist salah bagi bilik.  Bila sampai pula lagi dia tak puas hati,  katanya kami tak tempah bilik honeymoon ni.  Hehe. Terpaksa cakap.. "ABANG,  BETULLLA BILIK NI,  NI UNTUK BIRTHDAY ABG TAU,"  barulah dia faham dan senyum.  Dia betul2 ingat receptionist salah bagi bilik dah.  Thanks tau adik di kaunter yang berpakat dengan Zati nak surprisekan husband..  Berpeluh juga akak di kaunter nak berlakon masa nak check in tuh..
.
Selamat Hari Lahir Suamiku.
.
Ikhlas,
Si isteri

08 June 2017

Birthday Ammar Wafi

 8 JUNE 


 Bukan main si wafi ni remind ummi dia nak kek birthday superwing sejak 2 bulan lepas. Hamboihhh. Kecik-kecik pun dah pandai request ya. Tapi Ummi layankan juga.
Memandangkan masih di bulan Ramadhan, just sempat order dari baker dari rumah 2 hari sebelum. 

Boleh search Ieda Homemade FB ya.Kebetulan dia memang ada sampel gambar previous customer yang request kek yang sama. Memang rezeki Allah dah tetapkan untuk dia.

Kek saiz 9inci
Perisa vanilla butter
Toys not edible
===============================
Harga termasuk delivery ke tadika ; RM 70
===============================









Semoga Ammar Wafi membesar menjadi anak soleh , menjaga solat dan bijak pandai yang memberi manfaat.

Amin.

Relex-Smile Bersama Prof Muhaya

Jumaat yang penuh keberkatan. 3 Rejab.
Hari ini,  Zati ambil keputusan besar dalam hidup selepas 23 tahun berkaca mata.

Teringin sangat nak hidup tanpa cermin mata.  Spek ni asyik hilang / cari tak jumpa lepas tanggal sebab vision tanpa spec 6/60..huhu.  Lepas tu mula lah kerahkan anak,  suami tolong cari spek. Kesiannn.

Zati mula pakai spek sejak darjah 4. Tapi kebanyakan masa,  on n off.  Mula pakai sepenuhnya sejak darjah 6 setelah power mata naik mendadak selepas tak compliance dengan spek.

Untuk yang ingin menjalani pemeriksaan / Lasik / Relex Smile,  silalah buat temujanji terlebih dahulu. Macam Zati,  Zati call dan book tarikh 31Mac dan staff disana sudah maklumkan anggaran kos pembedahan Relex Smile jika fit untuk op pada hari yang sama ialah 12600. Kos Lasik  pula 8000 -  9000

930am : Appointment di Prof Muhaya Eye &   Lasik  Centre di Kajang.

Seperti biasa 9am dah gerak dari hotel menaiki uber dengan kos kurang RM10.

Sesampai di sana,  register di kaunter dan dibekalkan artificial tears eye drop.
Kurang 5min,  nama mula dipanggil oleh EnRidzuan untuk pemeriksaan mata mengguna mesin-mesin berikut

Autorefractometer : Untuk menentukan baseline power mata anda,  dan semak power spek yang anda pakai jika ada.

Optical Coherence Topography ( OCT) : Untuk check keadaan urat mata atau lebih spesifik,  macula dan optic disc.

    Ini penting untuk kenalpasti sama ada,  anda ada masalah macula,  glaucoma yang mana jika ada,  secara automatic,  Lasix/ Relex Smile tak disarankan langsung.

Fundus Camera: Untuk mengenalpasti keadaan salur darah mata dan detect sebarang keabnormalan yang mungkin ada seperti kesan diabetes,  darah tinggi,  scar,  tear,  hole pada retina mata.

Atlas Cornea Topographer:
Untuk memeriksa keadaan lengkungan kornea ( cornea curvature)  dan ketebalan kornea tengah ( central cornea thickness) .

Minimum ketebalan kornea yang sesuai Lasix adalah 470. Zati pula seperti berikut
Kiri : 602
Kanan : 600

Refraction Test
Funduscopy


Tepat pukul 12, lepas pemeriksaan bersama optometrist,  mata start dititis ubat kembang mata. 20min, anak mata mula dilated.  Mata start kabur. Nak sms pun agak kabur tapi masih boleh.  Sebab tu lah,  anda dilarang datang seorang.  Jika keseorangan macam Zati ni time balik tak apa sebab naik Uber kan. Husband jaga Anak2 di hotel berdekatan.  Taknaklah pesakit lain terganggu jika anak menangis ke..

Agak lama juga,  dalam 1230 nama dipanggil ke bilik Prof Muhaya.  Alhamdulillah,  Prof sangat tangkas.. Manage handle so many patient in clinic and at the same time doing more than 8 operations on the same day.  Subhanallah.  Memang benar2 insan hebat.


Selepas pemeriksaan oleh Prof,  Zati dibenarkan masuj ke bilik minor OT untuk melihat kes pembedahan Lasik dan Relex Smile 3 pesakit lain. Untuk yang bawa peneman,  memang ada ruangan khas ( viewing area)  untuk melihat ahli keluarga yang sedang menjalani pembedahan. Dibenarkan pula rekod video dan mengambil gambar tapi tanpa flash sahaja. 

120pm semua staff,  pelawat bahkan Prof berhenti solat Zuhur berjemaah.  Kagum.  Pengumuman turut dilakukan untuk mengingatkan pesakit / peneman lelaki untuk solat Jumaat di masjid berdekatan.  

Oleh kerana pada asalnya pembedahan Zati berubah dari pukul 2pm dijadual semula kepada pukul 3pm untuk memberi laluan pada kes pembedahan warga emas,  Zati akur.  Tak ada masalah pun setakat sejam. Lagi pula Anak2 selesa tidur di hotel,  tak ada lah masalah anak mengamuk sebab bosan di klinik.  

Sepanjang dari 930-330pm, ada staff perempuan yang asyik menghidangkan air seperti teh,  teh tarik,  kopi dan roti bakar kepada semua pesakit dan peneman.  Jadi,  Zati lunch roti bakar yang dihidangkan sahaja.  Tak susah lagi nak keluar mencari restoran berdekatan.

 ALHAMDULILLAH 
ALHAMDULILLAH 
ALHAMDULILLAH 


Lunch
Minum pagi

Berbalik pada Pembedahan Relex Smile  Zati
 Waktu masuk Minor OT : 300pm
Waktu Pembedahan Selesai : 320pm

Operation cuma mengambil masa Kurang 5min, cuma masuk awal untuk menunggu giliran pesakit lain dahulu,  barulah giliran Zati.

Sepanjang pembedahan,  hanya kata2 semangat dan motivasi diberi pada Prof Muhaya.  Beliau turut mengingatkan,  janganlah bangga dengan title kita.  Jadilah humble,  sentiasa tolong orang lain,  doktor yang beriman,  isteri mithali dan tak lupa diingatkan supaya nikmat penglihatan yang dikurnia digunakan ke jalan yang diredhaiNya.

Jam 330pm, usai pembedahan, Zati diperiksa sekali lagi.
                     Tiada sakit
                     Sangat Berjerebu ( jangan risau , itu adalah normal )
                     Zati dah boleh nampak orang senyum tanpa spek. Alhamdulillah
                     Vision improved dari 6/60 to at least 6/6 immediately after op. satu perubahan sangat mengujakan cuma disebakan anak mata masih kembang ( dilated ) sampailah ke pagi esok makanya jerebu pun sama. Sekali lagi Prof ajak bergambar.



5pm selamat tiba di hotel semula. Masa ini memang sangat sakit. Nak buka mata pun macam ada pisau di mata mungkin disebakan luka yang bergesel setiap kali kelipkan mata.. Jadi untuk mengelakkan sakit memang Zati pejamkan mata sahaja kecuali waktu pakai ubat mata sampailah malam pukul 8pm sakit sudah hilang.


Alhamdulillah. sekarang boleh say goodbye pada spek. Semoga katarak ( selaput mata yang biasa jadi pada orang tua ) lambat terjadi pada Zati. Amin

total kos : 12k + ( lama oiii menabung gaji )

                   

30 March 2017

Trip ke Kajang

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Lama tak menulis di sini,  hari ni Zati dan Anak2 berkunjung ke Kajang kerana esok ada appointment di sana.

910am sudah bertolak dari rumah mak di Kuala Perlis.  Kereta parking di airport sahaja.
Flight Malindo bertolak ke Subang 1125am. Ke sana,  kawan merangkap rakan sekerja turut serta.  Husband bakal menyusul kemudian sebab dia ada job di Kerteh. Senang den ada yang teman,  yelah,  kalau tak,  semput juga mana nak tolak beg besar gedabak,  stroller dan pegang tangan Wafi lagi.  Thanks Um 😘😘

Sempat lagi berwefie yaaa



Setibanya di subang,  kami berpisah. Masing2 grab Uber.  Sebelum book uber,  sempat lagi survey di kaunter taxi airport berapa harga ke Prescott Hotel,  Kajang.

Taxi : RM65
Uber : RM45

Oleh kerana perbezaan harga yang agak ketara,  of course la Zati book Uber kan.  Dapatla naik vios.Driver baik. 5 bintang akak bagi ya sebab tolong angkat beg,  stroller sampailah ke lobi hotel.

Prescott Hotel ni,  Zati dah book awal lagi melalui expedia.com

Harga walk in / phone booking : RM145 tanpa breakfast
Harga expedia.com                     : RM128 room with breakfast ( request twin bed + remarks pada hotel nak babycot)


Tak sangka,  masa check in,  diorang bagi bilik yang ada katil king,  1 single bed dan siap babycot. Wowwwww..  Memang terbeliak mata akak ni bila buka pintu bilik.  Terkesima punya pasal. Rupa-rupanya hotel upgrade bilik superior yang ditempah kepada family room tanpa caj tambahan.

Disebabkan anak belum makan,  Zati pun order makanan hantar ke bilik.
Minta bihun goreng je. Tapi punyalah baik,  Free of charge Jus Oren lagi. Alhamdulillah.  Lagilah hati sangat seronok.  Harga bihun goreng yang siap ada udang,  sotong cuma   *
RM6. 50.. Besttt.. Masakan pun sedap.

Esoknya,  oleh kerana appointment zati takut habis lambat., zati plan nak tambah lagi 1 malam.  Terus book menggunakan expedia juga untuk superior room tapi boleh dapat harga lagi murah,  Cuma RM97.20 tapi boleh maintain stay bilik yang sama.  Wowww.

Lain kali,  bolehla datang sini lagi.  Jomm travel.. :-)



21 February 2017

Selamat Tinggal Prepaid Celcom..Selamat Tinggal P1Wimax unlimited


Menarik kan offer Webe kat atas tu??
.
Akak pun terpengaruh tau. Memang terus sahaja register dan maintain nombor yang sama bagi celcom prepaid number 019.411.xxxx .
.
Prepaid ni cuma pakai untuk oncall dan urusan bukan personal. Jadi akak terus daftar beli pada 26 Januari baru-baru ini. Sebenarnya nak daftar online pun boleh, nak daftar di TmPoint pun boleh sebab Webe ni under TM. dan Webe juga adalah dibrandingkan dari company P1 kalau tak silap. Kebetulan sebelum ni memang ambil pakej wifi for home unlimited ( RM 99 ) dan kontrak 2 tahun dah pun habis. Jadi disebabkan kurang berpuas hati dengan prestasi P1 sejak beberapa bulan lepas, jadi akak rasa, baiklah pakai pelan Webe ni. Dah memang kebanyakan masa guna phone sahaja untuk online.
.
Bila dah daftar, simkad tetap kena tunggu delivery ya. Alhamdulillah, esoknya GDEX dah datang hantar simkad. Tapi bila dah sampai, simkad belum boleh guna lagi. Kena tunggu lagi 4 hari baru dapat notifikasi sms dari celcom untuk bertukar dari celcom ke webe. Kemudian barulah boleh guna.
.
So far, oklah sikit dari kena guna data plan celcom nak kena top up sahaja. Webe ini unlimited. Jimat la sikit dari membuang duit untuk wifi lagi, data plan hp lagi. Dah jimat skit.
.
Nak lagi best, kebetulan akak dapat CABUTAN BERTUAH lagi hari ini..
.
Dapatlah hadiah pendrive 8GB dari TMPoint Kangar.
.
Alhamdulillah...