24 September 2017

Happy Birthday Suamiku

Tanggal 10 September adalah hari ulang tahun kelahiran suami. Tahun ini agak berbeza kerana pada tarikh tersebut kami berada di Ipoh jadi agak sukar nak celebrate birthday semasa otw balik ke Perlis.
.
Kebetulan Sabtu 9 September,  suami ajak teman ke majlis kenduri kawan sekerjanya di Perak, jadi pastinya kami akan bermalam di Ipoh sehari sebelum majlis.
.
Idea nak celebrate awal mula muncul..
.
Jeng
.
Jeng.
.
Jeng
.
Bukannya apa,  sebab tahun lepas rasanya tak ada celebration pun.  Jadi... Tahun ni kita kasi rare sikit dari biasa.
.
Zati terus check 3 freelance yang buat hotel room deco surprise di Ipoh.  Setelah berpuas hati dengan budget yang Zati nak,  maka segalanya settle booking dan bayar sehari sebelum kami check in di Ritz Garden Hotel Ipoh.  Hotel favourite kami setiap kali bertandang ke sana.
.
Jom tengok apa hasilnya ya.
.












Ammar Wafi tiada dalam gambar kerana kami sampai di hotel pun dah hampir midnight.  Wafi dah mamai..  Takde mood nak bergambar lagi. .
.
Husband pula masa nak check in hampir nak bergaduh sebab resit deposit bilik atas nama orang lain,  dia dah fikir receptionist salah bagi bilik.  Bila sampai pula lagi dia tak puas hati,  katanya kami tak tempah bilik honeymoon ni.  Hehe. Terpaksa cakap.. "ABANG,  BETULLLA BILIK NI,  NI UNTUK BIRTHDAY ABG TAU,"  barulah dia faham dan senyum.  Dia betul2 ingat receptionist salah bagi bilik dah.  Thanks tau adik di kaunter yang berpakat dengan Zati nak surprisekan husband..  Berpeluh juga akak di kaunter nak berlakon masa nak check in tuh..
.
Selamat Hari Lahir Suamiku.
.
Ikhlas,
Si isteri