19 February 2015

Cuti CNY

Selamat Tahun Baru Cina pd yg meraikan..

Hari ni n esok cuti. Kebetulan hubby pun balik , jadi dok fikir2 menu apa yg sesuai utk lunch merangkap dinner. Tak kuasa nak masak lain2. 


Last2.. menu nasi ayam yg menjadi pilihan.


Kalau nak ikutkan mcm2 version resepi nasi ayam ni. Nampak je sejenis tp sebenarnya leceh jugak nk masak sbb byk bahan2.





Nasi
B.putih
B.merah
B.besar
3 sekawan
Marjerin 
Daun pandan
Serbuk kunyit
Halia

Sos
Cili padi / cabai besar
Bawang2 
Halia
Cuka
Sos
Garam gula
Air rebusan ayam

Sos kicap
Kicap manis / masin /pekat
Sos tiram
Madu
Air rebusan ayam

Sup ?? Pandai2 la wat

Cara-cara nak buat tak perlu lah update kat sini. Macam ni je catatan buku masakan aku dari dulu. Cukup ada bahan2 then pandai2 la campak2. Lagipun letih otak nk baca instructions bagai. Hehe.

Yang penting ni resepi yg memang kena taste aku setelah digodek2 blog ni sikiit..blog sana sikit
Makan 2 pinggan pun xcukup..Heee.


Ps: Resepi di atas bukan tujuan utk mengajar masak cuma utk my reference kot2 terlupa bahan2 sbb 'rajin' masak sgt kan...Heheee


















17 February 2015

Cucur Kucai n Sos Homemade

Balik keja terliur pulak bila buka facebook kwn ternampak gambar cucur kucai

Ishhh.. memang tak boleh jadi.. terliur mak buyung ni haa

Godek2 resepi sos dr member..terus kerah adik g beli daun kucai n tepung gandum

heee..

Macam biasa. Ammar Wafi mmg syiokk tolong ummi dia masak2 ni.

Ummi pun mmg nak train bg dia pandai masak. Esok-esok malas masak bleh request anak masak. Perghh.. niat dah xbetul tu.. haha


Kemain sonok dia guna alat ala2 turbo chopper tapi versi murah


CUCUR

2cwn tepung gandum
2 sudu tepung beras ( nak kasi garing luar )
Kucai
Tauge
Telur
Garam 
Gula
Serbuk kunyit

SOS
Cili kering
Bwg putih
Cuka
Gula ( Pasir / Melaka )
Garam gula

Taraaa
.
.
.
.
.
.
Mak buyung pun melahap tak ingat dunia

:))




29 January 2015

Dapur Part 1

Dapur original yang pemaju siapkan memang sangat kecik. Boleh tengok sendiri keluasan asal


Bayangkan kalau pakai kitchen kabinet lepas ni mesti sorang je muat nak lalu. Kalau nak kenduri macam mana ? Sebenarnya dah gi intai umah jiran yang dah siap pasang kabinet. Memang terasa makin sempit lepas pasang kabinet. Pendek kata saiz daput tak selari dengan rumah

Oleh sebab itu perkara pertama yang dibuat lepas dapat kunci n report kerosakan yang patut pada pemaju. Terus cari kontraktor untuk extend dapur dan gantikan pagar dawai hijau kepada tembok bata 5 kaki tinggi.

Selepas survey dari kawan2..akhirnya setuju untuk pilih Ah Chai untuk renovate

Dapur asal Bentuk L.. Saiz lebih kurang macam dalam gambar
Yang berwarna putih adalah tambahan


Harga untuk renovation menelan belanja 37k juga ALL in termasuk tembok 5kaki tinggi sepanjang 35 kaki

Ah Chai janji sebulan , sebulan jugala dia wat keja. Hasil memamg no doubt kemas dan puas hati. 

Ni gambar selepas tambahan
Sila abaikan sampah sarap 








Siap ja projek ni..Terus diam2 sampaila berbulan-bulan. Yelah nak kumpul duit dulu untuk buat yang lain-lain. Kami tak buat loan untuk renovate rumah. Jadi ada yang lebihan gaji bulanan himpun untuk beli barang sikit-sikit.

Okla, setakat ni saja untuk 1st part Dapur.



28 January 2015

Rumahku SyurgaKu



Hari ini adalah hari berblog okes. Mood tengah rajin sambil suap anak sambil mengadap laptop dah dah berusia 5 tahun rasanya. Eh lupa plak usia latop DELL aku ni. Yang penting , beli masa PC fair masa masih HO dulu sekitar 2009-2010. Sambil jeling last entry kawan2 ada yang dah lama tak update jugak rupanya. Wee..



So nak update skit tentang rumah baru..actually tak la baru sangat pun. Dah kira basi jugakla sebab dapat kunci Februari 2014 lagi tapi masih tak masuk2 lagi..

Jom Zoom skit rumah kami




Ini jer mampu beli. Ambil full loan gomen UD 44 then terpaksa top up lagi sbab harga rumah Perlis mahal seyh. Tapi dek kerana dah jatuh hati dengan rumah ini terus bincang2 dengan suami n cancel booking umah double storey di Tmn Gemilang , Jitra.

PIKIR PUNYA PIKIR BALIK naseb baekla tak jadi beli umah kat Jitra sana, kalau tak jenuhla aku nak hadap ulang alik K.Perlis - Jitra semasa nak renovate n masa kerja nanti. Lokasi ni pun senang kot2 la hubby dapat transfer, terus je masuk highway ke tempat kerja. 

Ada orang tanya kenapa tak beli je umah kat Kangar or dekat hospital? Senang jerr.. Aku tak suka suasana Kangar. Kat sini rasa lebih tenang. Nak2 pulak Arau ni bandar Diraja ok, Uitm adoo..Unimap Main Campus Adoo.. Cmart Ado.. Kolej mAtrikulasi ada..Ok wut.. Dah confirm2 harga tanah di Arau bakal bertambah mahal. Yang penting jiran sebelah kiri kanan Muslim Melayu . Lot Non Bumi pun xde yang bela anjing. Tak la rasa tak selesa. 

Ada masa nanti akan ku update lagi kerja renovation n kos2 berkaitan agar dapat dijadikan rujukan buat diri sendiri kelak.

Bye

Entry Pertama Di Usia 30an

Wohooo..
Hari ni dah hampir penghujung Januari 2015 baru nak hapdate blog yang bersawang tahap gaban ni. Adoilaa... Serius malas . Almaklumla anak pun dah nak masuk 2.. Sibuk la tu kononnya.

Takpela..Biar lambat asal selamat kan.
Tujuan berblog ni bukan nak ikut trend tapi just nak mencoretkan apa2 yang terbuku di hati / peristiwa yang dirasakan penting dalam hidup. Mana tahu esok2 bleh review balik pastu mesti tergelak2 baca sambil soal balik diri sendiri.. ''Eh.. aku ke yang tulis semua ni ??''

Now.. as a preggy mom ( 25 week ++ ) kaki dah start bengkak2. Anak 1st pun dah nak masuk 4thn bulan 6 ni .Due date insya Allah 12 MAY 2015. Doakan selamat semuanya .

Walaupun dah pergi details scan dekat INS, Alor Setar, gender baby tak dapat ditentukan lagi. Tak kisahla. Surprise pun best jugak walaupun encik husben tu mengharapkan gugurl. Tapi mak dah pesan awal2 jangan mengharap sangat apa2 pun, takut bila keluar jantina lain tp berperangai macam sifat yg berlaiana jantina pulak. Nauzubillah.

So.. wish me n my family full of happiness for this year

Murah rezeki
Suami dapat naik pangkat lagi n dapat transfer ke bahagian yg dihajatkan
Mak diberi kesihatan yang baik dan dipanjangkan umur
Anak-anak yang sentiasa menyenangkan hati






15 March 2013

Salam Jumaat

Alhamdulillah masih dipanjangkan umur sehingga hari ini..
Bertemu kembali dengan Jumaat penghulu segala hari..Mandi sunat hari Jumaat tidak dilupakan..

Al kisah jam 5 petang..yang berkerja berpusu-pusu keluar dari perkarangan hospital


Dalam kekalutan manusia menuju ke destinasi masing-masing begitu juga aku yang berjalan kaki menuju ke kereta yang diparking luar perkarangan hospital..

Nun di sana kelihatan sepasang suami isteri yang berpakaian biasa-biasa.. persis orang susah. Ku kira dalam lingkungan umur late 40's juga membawa sepasang anak, yang kakak dalam lingkungan umur 8 tahun dan yang bongsu lingkungan 4 tahun..Sepertinya mereka dalam kesusahan..

Sengaja aku perlahankan langkah kaki..cuba memerhati dari jauh..

Si isteri cuba meminta tolong seorang staff hospital
''Encik, boleh tolong panggilkan teksi untuk kami?Teksi yang berada dalam perkarangan hospital enggan mengambil penumpang ''ujar si isteri memohon simpati
Dari jauh sukar aku pastikan apa yang dibalas oleh staff berkenaan namun, aku lihat staff itu terus meninggalkan makcik bersama-sama anaknya dan terus menaiki kereta Myvi nya

Jelas hampa di raut wajah makcik itu. Hatiku sayu melihat 2 orang anak mereka terutama yang berumur 4 tahun. Jauh disudut hati, terfikir bagaimanalah jika aku yang berada di tempat mereka.

Aku segera mengambil kenderaanku..lantas masuk semula ke perkarangan hospital dan menawarkan bantuan untuk menghantar mereka ke stesen teksi berdekatan. 

Sepanjang perjalanan, aku sempat bertanya dari mana, ada tujuan apa ke hospital dsb. Si isteri menceritakan, suaminya mengidap  gout dan sukar berjalan kerana bengkak-bengkak pada tubuhnya. Oleh sebab itu, dia yang terpaksa berjalan mencari teksi. Anak bongsunya pula kurang sihat, kelihatan lemah dan baru selesai muntah.

Allahuakbar..
Kasihan mendengar cerita mereka, tetapi seperti biasa aku tidak menyatakan pekerjaan sebenarku pada mereka walaupun ditanya

Setibanya di stesen teksi tersebut, mereka mengucapkan terima kasih.
Serentak, kedua -dua anak mereka melambai tangan padaku.

         ''Bye-bye..,''ujar ahli-ahli syurga itu sambil tersenyum girang.

Tangan dihulur, dan si kakak turut bersalam dan mengucup tanganku tanpa disuruh ibunya.

Sebak hatiku saat mereka hilang dari pandangan mataku 
Air mataku menitis..laju...

Hari ini, Allah sengaja menggerakkan hatiku supaya aku memandang mereka yang kurang berkemampuan. Betapa selama ini aku alpa dan terbuai dengan kenikmatan duniawi yang diberi padaku. Meski bukan jutawan, namun aku dan anak tidak pernah merasa susah. Memang betullah nasihat yang sering kudengar, jangan memandang orang yang lebih atas daripada kita, pandanglah orang dibawah kerana dari situ pasti akan terbit rasa syukur padaNYA..




13 September 2012

LONG BUT NOT FORGOTTEN






It's been a while since my last entry..



Almost 2 years im not updating / reading my own blog..



Through this years a lot of things happened





Me n Hubby have been blessed with a charming little boy named Ammar Wafi bin Azrul Hisham eventhough we're still in PJJ ( Perhubungan Jarak Jauh ) relationship ever since we got married.





My Hubby still working as Metering Engineer at Petronas Carigali, Kota Kinabalu while Im working as Opthalmology Medical Officer in Hospital Tuanku Fauziah, Kangar , Perlis





Being in housemanship for 2 years + 15 days ( due to confinement break ) really gave me a lots of story to remember.. Happy, sad , All in one..





Being a firsttime mother , struggling for breastfeeding etc sometimes make me down..but one thing for sure is...when you came home after a hard time at work totally dissapear after seing your small little boy waiting for you in front of door with smile on his cute face..





Such a relief...





Nothing can beat this feeling..



I admit all these years, people changed..me myself was not excluded..



physically n mentally ( little or could be worse )..





However..



Life must go on..





I must push myself to remove negative aura within me..



Not for others..



Just for the sake of myself n family







Well..



I hope this entry would be a 1st chapter & more chapters will follow later on.





Till then..



Gudnite..





Iziati


Ammar Wafi n Ummi at Mom n BB XPO at PWTC
''May 2012''