24 March 2015

Panduan Selepas Dapat Kunci Rumah


Aura rumah baru masih terasa walaupun sebenarnya dah dapat kunci dari Januari 2014 tapi sampai sekarang belum rasmi masuk rumah. Renovate sikit2..so lambatla.

Hari ni saja nak share panduan dari perkongsian yg lebih berpengalaman

1) Masuk rumah dengan lafaz bismillah


                                                        السَّلَامُ عَلَيْنَا وَعَلَى عِبَادِ اللهِ الصَّالِحِيْنَ

2) Try semua kunci rumah yang diberi pemaju. Pastikan takde yang sangkut / takde kunci. Kalau ada defect sila catat pada borang aduan defect yang dibekalkan pemaju

3) Tips seterusnya adalah mengunci rumah anda, pagar, tingkap, tingkap toilet, sliding door pintu dan segalanya yang memungkinkan access mudah keluar masuk rumah oleh pencuri kabel letrik selepas anda explore rumah baru anda.

4) Apabila meter letrik dan meter air dah dipasang dan rumah telah mempunyai bekalan air serta bekalan elektrik. Sila pastikan pili air di rumah anda mengalirkan air dengan sempurna.

5) Pergi ke rumah dan duduk di dalam rumah baru anda di saat hujan sedang turun dengan lebatnya. Pastikan takde sambungan atap atau atap yang bocor dan mengalirkan air. 

6) Sila goyang-goyangkan pemegang tangga rumah anda, pastikan ia kukuh. kadang-kadang ada yang longgar dan bergoyang-goyang.

7) Sila periksa semua tiles / dinding / siling supaya bebas dari sebarang rekahan. 

8) Bilik air tingkat atas tidak bocor. Hehe. Caranya, ambil binding tape, sealkan sepenuhnya lubang aliran air keluar. Penuhkan bilik air dengan air buat ala2 kolam gitu. Biarkan seminggu

9) Pastikan meter air berkunci ok

Ok selepas proses menyiasat rumah dengan  tips di atas selesai barulah anda boleh merenovate dengan jayanya.

10 March 2015

Alarm System

Lately banyak kes pecah masuk rumah di Perlis tapi taklah dengar sampai berparang2 atau cederakan tuan rumah. Risau juga dengan situasi tu. Nauzubillah. Sebelum masuk rumah,better pasang at least alarm system. Kalau mampu pasang CCTV juga.

Tapi apa2 pun yg penting doa dan tawakal pd Allah kerana Dia lah sebaik2 penjaga.

Berbalik pd topik, aku sempat survey 2 tempat utk alarm.

Berikut adalah 2 quotation yg aku dapat



A:
 Life 8zones alarm panel complete with :
12transformer -1 unit
7AH battery
Strobe light -1 unit
External siren - 1 unit
Internal siren - 1 unit
Paradox infrared - 2 unit ( utk siling )
Remote control 3 unit
Keypad 2 unit

RM4300 untuk

Jumlah sliding door n pintu: 6
Jumlah tingkap termasuk tingkap toilet : 15

B: Bumiputera
Untuk brg yg hmpir sama tapi masih kurang dr si A dr segi jumlah sensor n vibrator yg dipasang tapi hrga yg diberi RM6380

Perghhhh.. pengsan dgr hrga si B ni. Nak tak nak mmg amik dr si A la.


C:

Mintak quotation dr syrkt bumiputera juga. Punyalah lembab nk bg quotation. Suh pm inbox fb la.. suh tinggal emel n hp la. Last2 habuk pun tarak walaupun sebulan lebih . Goodbye jela. Harap gah je kt fb page wall.
kedai**tB

Setakat sekarang puas hati dengan after sales service si A ni.

Keselamatan keluarga jgn berkira sangat.
Baik pasang sebelum masuk umah sbb nnt wiring concealed. Habis rosak cat, dinding kalau dah duduk baru terhegeh-hegeh nk pasang.

Alarm : CHECKED


Ok. boleh tidur dgn lena

See ya

01 March 2015

DIY MAP Rumah

Semalam teruja lebih utk buat map standby utk kad jemputan ke rumah baru kiv untuk bulan 5 nanti.

Aku bukanlah pakar photoshop / hi tech guna software / graphic designer

Masa ni lah peranan en google diperlukan. Pelbagai blog yg bg tutorial utk buat DIY map antaranya guna microsoft visio / photoshop / photoscape etc

Antara 3 ni. of cos aku familiar dengan photoscape. Tapi photoscape kena gabung dgn microsoft word n paint juga..

Sesiapa nk full tutorial leh rujuk di blog ni
. Sangat mudah difahami.

Klik sini utk full tutorial bergambar::

Tutorial Kad Kahwin

Hasilnya. Ni map yg aku hasilkan. Map je lah dulu. Tu pun lawan berebut dgn si kecik yg dok kaco umminyer. Hihi. Full map maafla terpaksa censoredkan sbb sekarang ni banyak penjenayah siber / penyamun yg salah guna maklumat privasi. Karang xpasal2 jd aim plak


19 February 2015

Cuti CNY

Selamat Tahun Baru Cina pd yg meraikan..

Hari ni n esok cuti. Kebetulan hubby pun balik , jadi dok fikir2 menu apa yg sesuai utk lunch merangkap dinner. Tak kuasa nak masak lain2. 


Last2.. menu nasi ayam yg menjadi pilihan.


Kalau nak ikutkan mcm2 version resepi nasi ayam ni. Nampak je sejenis tp sebenarnya leceh jugak nk masak sbb byk bahan2.





Nasi
B.putih
B.merah
B.besar
3 sekawan
Marjerin 
Daun pandan
Serbuk kunyit
Halia

Sos
Cili padi / cabai besar
Bawang2 
Halia
Cuka
Sos
Garam gula
Air rebusan ayam

Sos kicap
Kicap manis / masin /pekat
Sos tiram
Madu
Air rebusan ayam

Sup ?? Pandai2 la wat

Cara-cara nak buat tak perlu lah update kat sini. Macam ni je catatan buku masakan aku dari dulu. Cukup ada bahan2 then pandai2 la campak2. Lagipun letih otak nk baca instructions bagai. Hehe.

Yang penting ni resepi yg memang kena taste aku setelah digodek2 blog ni sikiit..blog sana sikit
Makan 2 pinggan pun xcukup..Heee.


Ps: Resepi di atas bukan tujuan utk mengajar masak cuma utk my reference kot2 terlupa bahan2 sbb 'rajin' masak sgt kan...Heheee


















17 February 2015

Cucur Kucai n Sos Homemade

Balik keja terliur pulak bila buka facebook kwn ternampak gambar cucur kucai

Ishhh.. memang tak boleh jadi.. terliur mak buyung ni haa

Godek2 resepi sos dr member..terus kerah adik g beli daun kucai n tepung gandum

heee..

Macam biasa. Ammar Wafi mmg syiokk tolong ummi dia masak2 ni.

Ummi pun mmg nak train bg dia pandai masak. Esok-esok malas masak bleh request anak masak. Perghh.. niat dah xbetul tu.. haha


Kemain sonok dia guna alat ala2 turbo chopper tapi versi murah


CUCUR

2cwn tepung gandum
2 sudu tepung beras ( nak kasi garing luar )
Kucai
Tauge
Telur
Garam 
Gula
Serbuk kunyit

SOS
Cili kering
Bwg putih
Cuka
Gula ( Pasir / Melaka )
Garam gula

Taraaa
.
.
.
.
.
.
Mak buyung pun melahap tak ingat dunia

:))




29 January 2015

Dapur Part 1

Dapur original yang pemaju siapkan memang sangat kecik. Boleh tengok sendiri keluasan asal


Bayangkan kalau pakai kitchen kabinet lepas ni mesti sorang je muat nak lalu. Kalau nak kenduri macam mana ? Sebenarnya dah gi intai umah jiran yang dah siap pasang kabinet. Memang terasa makin sempit lepas pasang kabinet. Pendek kata saiz daput tak selari dengan rumah

Oleh sebab itu perkara pertama yang dibuat lepas dapat kunci n report kerosakan yang patut pada pemaju. Terus cari kontraktor untuk extend dapur dan gantikan pagar dawai hijau kepada tembok bata 5 kaki tinggi.

Selepas survey dari kawan2..akhirnya setuju untuk pilih Ah Chai untuk renovate

Dapur asal Bentuk L.. Saiz lebih kurang macam dalam gambar
Yang berwarna putih adalah tambahan


Harga untuk renovation menelan belanja 37k juga ALL in termasuk tembok 5kaki tinggi sepanjang 35 kaki

Ah Chai janji sebulan , sebulan jugala dia wat keja. Hasil memamg no doubt kemas dan puas hati. 

Ni gambar selepas tambahan
Sila abaikan sampah sarap 








Siap ja projek ni..Terus diam2 sampaila berbulan-bulan. Yelah nak kumpul duit dulu untuk buat yang lain-lain. Kami tak buat loan untuk renovate rumah. Jadi ada yang lebihan gaji bulanan himpun untuk beli barang sikit-sikit.

Okla, setakat ni saja untuk 1st part Dapur.



28 January 2015

Rumahku SyurgaKu



Hari ini adalah hari berblog okes. Mood tengah rajin sambil suap anak sambil mengadap laptop dah dah berusia 5 tahun rasanya. Eh lupa plak usia latop DELL aku ni. Yang penting , beli masa PC fair masa masih HO dulu sekitar 2009-2010. Sambil jeling last entry kawan2 ada yang dah lama tak update jugak rupanya. Wee..



So nak update skit tentang rumah baru..actually tak la baru sangat pun. Dah kira basi jugakla sebab dapat kunci Februari 2014 lagi tapi masih tak masuk2 lagi..

Jom Zoom skit rumah kami




Ini jer mampu beli. Ambil full loan gomen UD 44 then terpaksa top up lagi sbab harga rumah Perlis mahal seyh. Tapi dek kerana dah jatuh hati dengan rumah ini terus bincang2 dengan suami n cancel booking umah double storey di Tmn Gemilang , Jitra.

PIKIR PUNYA PIKIR BALIK naseb baekla tak jadi beli umah kat Jitra sana, kalau tak jenuhla aku nak hadap ulang alik K.Perlis - Jitra semasa nak renovate n masa kerja nanti. Lokasi ni pun senang kot2 la hubby dapat transfer, terus je masuk highway ke tempat kerja. 

Ada orang tanya kenapa tak beli je umah kat Kangar or dekat hospital? Senang jerr.. Aku tak suka suasana Kangar. Kat sini rasa lebih tenang. Nak2 pulak Arau ni bandar Diraja ok, Uitm adoo..Unimap Main Campus Adoo.. Cmart Ado.. Kolej mAtrikulasi ada..Ok wut.. Dah confirm2 harga tanah di Arau bakal bertambah mahal. Yang penting jiran sebelah kiri kanan Muslim Melayu . Lot Non Bumi pun xde yang bela anjing. Tak la rasa tak selesa. 

Ada masa nanti akan ku update lagi kerja renovation n kos2 berkaitan agar dapat dijadikan rujukan buat diri sendiri kelak.

Bye