21 May 2015

Kelahiran Yang Dinanti

13 Mei 2015 bersamaan 
24 Rejab 1436H 

637pm lahirlah seorang puteri genap kandungan 40 minggu + 1 day

Berpantang adalah perkara paling tak best dan arini baru hari ke 9. Uhuuuu

Tepat hari ke-7 kelahiran, akikah dan bercukur dah selamat diadakan . Jeles betul bila mak cakap kali ni masakan kambing dari caterer sangat sedap . Harga kambing sahaja RM 850, Upah memasak RM150 .

Sama seperti previous pregnancy, kali ni bersalin pun di private, Kedah. Mmgla teringin anak2 lahir di Perlis mcm maknya okey.. tapi tak sanggup rasanya nk melahirkan di HTF. Bukan sbb tiada kepakaran, tapi wad antenatal / postnatal di Tingkat 1 dah penuh siap extension bed lagi. Lagi pula husband punya company mmg cover bil utk bersalin ( unlimited ) di private jadi klu dah ada kelebihan, kenapa tak guna.. kan ??

Apa yg penting dua2 selamat. Kos bersalin di private kali ni mmg buat kami laki bini ternganga. 12k tau.. 3 x ganda dr 1st pregnancy dulu. uhuhu.. padahal prosedur 97 % sama je. Mungkin effect GST juga. Naseb xguna duit sendiri..klu tak ..nanges juga.

Semoga Aisya Saffiya menjadi anak yang solehah



We love u Aisya

From Ayah, Ummi dan Ammar Wafi

09 May 2015

Aksesori Bilik Air

Masih belum habis nampaknya update pasal rumah yang tak seberapa.

Hari ni nak share tentang aksesori bilik air yg budget sahaja tapi penting kot untuk pelengkap  

1) Cermin muka   RM25

2) Glass shelf       RM25


  


Ni pulak extendable bathroom shelf. 



Harga before promosi RM79, kalau guna member punya point dapatla RM39.90.

Yang penting, tak perlu nak drill bagai nak pasang benda alah ni. Cuma hubby sedikit pening nak follow gambarajah sahaja di belakang kotak masa nak pasang. Mujur akhirnya berjaya. Hehe.Tenkiu encik suami :-)





03 May 2015

Masuk Rumah Baru

Semalam adalah hari pertama kami sekeluarga bermalam di rumah baru. Agak berdebar-debar juga dan sempena hari yg istimewa ini kami buat majlis kenduri kesyukuran secara kecil-kecilan dan menjemput 20 pelajar Maahad Tahfiz Al- Barakah , Santan Perlis untuk bacaan yassin .


Majlis bacaan yassin bermula pada pukul 9pg turut disertai jiran sebelah rumah.


Selesai bacaan yassin, kami turut menyediakan minum pagi untuk mereka . Kawan dan staff klinik dan jiran terdekat turut dijemput .

Menu minum pagi :
Nasi lemak
Bilis goreng
Telur rebus
Timun
Sambal asing
Ayam berempah

Bihun goreng biasa
Bihun goreng singapore

Nescafe Susu
Teh o
Kuih muih

Aiskrim kon



Seronok dan penat sebab sekarang pun mak buyung ni dah sarat 38mggu ++. Hanya menunggu hari shj.



Semoga kegembiraan kami dan sedekah yg tidak seberapa ini diterima Allah.

21 April 2015

Wardrobe untuk Master bedroom


Yeayy.. Hari ni dah approach 37w . Alhamdulillah

Terpaksa ambil day off lagi hari ni sebab ada tukang nak datang pasang wardrobe. Disebabkan kepala baby dah engaged..Maka jalan pun dah rupa macam penguin rasanya..hohoho. Terasa sangat kepala baby menekan tulang pelvis. Nak angkat kaki tinggi pun dah tak termampu rasanya. Walaupun begitu ku gagahkan jua drive dr Kuala Perlis-Arau

Seusai solat subuh, terus kejut mak untuk solat. Then keluar beli nasi lemak 3 bungkus untuk aku, mak n adik. Lapaq kott..

Nasi lemak kuah asing extra plus susu segar...Nyum2


Lepas bekfas buat lempeng pulak untuk si anak. Nasi2 beliau reject. Nak roti, pizza ja.. Selera Mat salleh betuiila. Seingat aku masa preggy dulu Ummi dia ni asek balun masakan pedas plus sambal belacan je. Heran betuii. 


Okla, berbalik pd wardrobe tadi, Punctual betul deme ni. Janji kul 1040am, 1020 am dah sampai. Terkejar-kejar den drive sebab diorang dah tunggu di Arau. Mujur sampai sebelum 1040am. Tak sempat den nak renew insurans keta dulu.

Jom layan gambar skitt




Harga almari utk 12ft1/2 RM 5400. 

Kira agak murahla juga cmpare to kedai2 lain yg sempat survey. Ada yg letak 7k untuk saiz yg sama


Langsir

Apalah erti rumah jika tiada langsir. Diibaratkan seperti wayang free untuk orang luar terutama waktu malam.

Penat juga bab memilih langsir ni. Disebabkan masa pilih langsir tu pun di trimester ke3 mengandung jadi tak mampu den nak survey banyak-banyak kedai apatah lagi syurga langsir di Nilai. 

Sempat survey 4 kedai je:

  • Nagoya Jitra
  • Kedai Langsir K.Ina di Kedai MARA
  • Hani Decor
  • Ayu Ria Kedai Kain

Antara keempat-empat tu hanya berkenan dengan Kedai Ayu Ria . Tu pun harga pasang rod lebih murah bg sekaki. Walaupun tak banyak stok dan pilihan, at least adala langsir yang boleh tangkap muat. Takpe, tahun2 akan datang kalau dah bosan kasi tukar. Tu pun day curtain xpasang lagi pun sebab tak berkenan langsung. Nanti-nanti jelah..
Lagipun rumah kan dah tinted, xeffect sgt klu xde day curtain.



Padah rumah banyak sangat tingkap dan sliding door maka kos langsir pun berganda-ganda. Amekk kaww.

Tu pun dah berhabis RM 5300 setakat ni. Guna duit siapa ekk?? Tq en husband. I lap u lahh..Hehehe

28 March 2015

Sesi Mengecat Bersama Momento

Wallpaper or Cat Momento ??

Tahniah untuk Nippon sebab berjaya meracun aku supaya membeli Cat Momento untuk rumah baru kami. Gigih tau tonton utube smata2 nk cari idea color n design yg sesuai.

Hihi..

Hasilnya.. memang kena try n adjust

Kebetulan harga untuk sebelum GST ni ada promotion RM108/tin 1liter je tau plus undercoat n tools.

Kata tokey kedai cat tu.. normal price RM155. So agak bernasib baik juga bleh dapat harga ni.

Ruang yg dipilih utk cat momento 3 wall shj.
1st n 2nd di ruang tamu
3rd harusla di master bedroom

Ruang lain pilih color white /  grey / white whale/ pretty box dr jenama Nippon n smartpaint shj

Cat sendiri ker ?? Of course la tidak.. upah je. Takkanla mak buyung yg dah 33wk ni nk mengecat dik oii. Siap duit ja.

Jom intai sikit hasil momento akhirnya setelah 2-3 kali aku suh tukang cat tu cat balik bila hasil nampak kurang sekata. Maklumla cat ni sensitif plus agak baru. Bukan senang nak apply. Tukang cat pun tak biasa sangat guna momento. Hasil mmg sgt individualised.


Ruang Tamu

Ruang Tamu

Ruang Makan

Master Bedroom

Ruang Makan

Master Bedroom

Hasilnya memang kena dengan citarasa aku. Master bedroom tu warna purple sebenarnya tapi sebab lightning effect nampak macam pink pulok dalam gambar. 
Best2. Kos upah cat seluruh rumah bahagian dalam sekali siling, tangga, semuanya RM1100. Kalau tak melibatkan cat momento RM800 dah boleh dapat sebenarnya. 

Ada gak jiran ( lelaki okeh ) terdekat datang jenguk2 rumah dr luar selepas selesai cat semua. 

Jiran : Ni wallpaper sticker ke?
Me : Takla, ni cat Nippon Momento
Jiran : OoOoOo ( sambil terlopong ) ..kekeke

Dah habis cat bolehla cuci + menyamak rumah pulak pasni. Yeayyyyyyyy :)



24 March 2015

Awning Car Porch & Belakang Rumah

Niat di hati nak sangat bahagian porch kereta tu pakai slab macam dalam gambar di bawah ni. Kebetulan design rumah hampir sama. Bila mintak quotation dari kontraktor, diberinya RM 37k.. Perghhh.. lupakan jela.



Macam biasa, walaupun dah tahu hasil kerja dan harga dari yang buat grill sebelum ni agak berbaloi, nak juga tanya sebut harga dari kedai grill yang berdekatan Arau juga

Beza banyak juga, lebih RM600 beza untuk awning belakang sahaja. Ok, nampaknya memang jodoh aku lagi dengan tokey besi dari Kuala Perlis lagi.

Sebelum

Selepas
( Abaikan tong-tong cat yang bersepah di situ, al maklum baru sudah cat rumah )

Selepas


Ok..cukuplah setakat ni.

Buat apa yang termampu sahaja

Total kos awning depan belakang + 7 Tiang stainless steel : RM 10 k


Luas depan : 570kps
Luas belakang : 180 kps