21 December 2009

His Visit




Sempena Awal Muharam baru2 ni, en azrul dtg melawat zati setelah 3 bulan tak berjumpa


Kebetulan zati pun dpt weekend off




Flight azrul dr k.kinabalu slmt tiba di penang jam 10 am dan zati sudah bersedia di airport utk buat surprise..sehari sblm tu selamba je suh dia naik bas dr penang trn perlis..kunun2 malas pegi amek dia..hehe..saya jahat kan







Disebabkan hujan nonstop di penang, terpaksa batalkan nak gi jalan2 jauh sket..so nak taknak, layan avatar jelah




Thumbs up for this movie.. i like!!


Mampu mmbuat ku ketawa pd scene tertentu, bukan sng tau nak buat zati gelak



then..kitorg pegi mkn di kenny rogers..dh lama siot puasa..last mkn masa di kelate bulan march/april











otw balik..ada pulak accident berhampiran gurun..sigh..lori terbalik maa


apa lagi..terperangkapla di situ


sepatutnya 6pm dah boleh sampai perlis tapi sampai umah dah kul 930 pm




betapa ku lelap dgn jayanya dlm kete






dan azrul masih setia memandu








tak reti2 nak bgn ke minah ni??

dh bgn tu..keje nak amek gmbr jek..spt yg azrul ckp..zati ni suka sgt bergmbr..

fINALLY~kete bergerak jua

~selamat sampai umah~ADIOS

14 December 2009

PreWed 2

Episod kali ini~CATERING
Semalam, aku n mak pergi survey catering yg sesuai utk majlis aku nnt
One of my mum's fren recommended her As catering
So, we decided to go n discuss more detail regarding prices n menu options provided in the package
Guess whattt????
The price is sooooo reasonable
the Manager is sooooo kind n friendly
See wut i got for rm5.80 per pax
Nasi minyak/nasi putih
Ayam ros
Daging masak hitam
Acar buah
Gulai ikan kering+terung
Gulai daging n kentang
Buah
Air
Package include: 5 khemah+hiasan (tema berdasarkan pilihan pengantin)
Free makanan pengantin dan vip utk 20 orang
Hiasan meja makan pengantin
P/S: daging lembu yg digunakan bukanlah daging import sebaliknya daging tempatan
Air dihidang atas meja, tetamu tak perlu mencari2 air
gelas yg digunakan: kaca ( bukan plastik k)
PENDEK KATA~ aku sangat BERPUAS HATI dgn offer catering ni
Terus book utk 800 org n know wut???
Dia ckp akan masak lebih utk 200 org extra n harga tetap sama
heee =)
Hopefully semua berjalan lancar..tetamu puas hati, pengantin pun gembira =)

11 December 2009

Aku Dia dan Beruk

19 NOVEMBER ITU
Aku telah menjadi pembunuh???
Hari yg malang buatku
otw balik keje, aku ikut jalan balik bukit yg merupakan shortcut ke kuala perlis
Seperti biasa, speed biasa je..110km/j then tiba-tiba je ada seekor beruk gemuk, besor tiba-tiba melintas dengan lajunya


OMAKKKK KAUUU!!!!!

Aku tergamam!!! Tak sempat brek..
Aku telah pun selamat melanggar haiwan itu..Astaghfirullah
terasa kereta aku telah menindihnya dengan jayanya..
Dari cermin pandang belakang, ku lihat serpihan badan yg aku agak2 mcm ekor terputus
Mujur kereta aku tidak terbabas, walaupun momentum pelanggaran tersebut agak kuat


tapi.......


Bila aku patah balik nak check keadaan haiwan tersebut, aku kehairanan


kenapa????
kenapa tiada apa-apa di atas jalan?
kenapa tiada darah?
mana beruk tu pergi?
masih hidupkah dia??
kenapa?
bagaimana?


Persoalan yg aku sendiri tiada jawapan
aku yakin itu bukan hantu
bukan hantu yg aku takutkan
Aku takut beruk itu masih hidup dan lari ke hutan dan mati dalam keadaan terseksa


YaAllah...ampunkanlah hambaMu ini
Aku tidak sengaja


LIHATLAH apa dah jadi pada kereta aku..















29 November 2009

Rambut ohh rambut

arghhhh...tensionnyerrr..

Inilah bahana nyer simpan rambut panjang..asyik gugur je..

Tiap kali sikat rambut mesti ada yg terlekat di sikat..ayarkkkk

Sekarang tiap2 malam mak akan panggil nak letak minyak kelapa di kepala ku..best kan ada mak..rasa manja giler lak skrg neh..hehehe..

SO..tunggu jelah hasil minyak kelapa tuh terhadap rambutku..adakah akan berjaya mengurangkan keguguran rambut???nantikan hasilnya di episod akan dtg..hik2

02 November 2009

PREWEDDING TASK 1

Minggu ni..my fiancee tiba2 bgtau nak wat kenduri bulan 2..discuss punya discuss dapatla fix date 6 n 7 februari.Sementra jobless di posting paed skrg, sesuailah sgt wat kenduri time tu. Plus, HOD pun sgt baek, confirm dpt cuti kawen lama...(berangan)

So, wpun masa agak suntuk, aku still dgn kemlasan tahap cipan utk prepare utk kawen smpaikan my best fren, Shim membebel kat aku

''Kak Zati!! Lagi 3 bulan je ni nak kenduri, apa pun tak siap lagi ni mcm mana??''
HUHU..shim membebel kat aku..(T T)
So, Sabtu baru2 ni barulah aku terhegeh2 gi A.Setar gi cari langsir umah. Nk senang beli je yg dah siap. Klu beli kain pun, upahnya mau seribu, blom cmpur hrga kain


my mum n me before went there ( abaikan pemndangan lab coat aku sbg tnda aku pekerja yg rajin..ekeke)



Mak sebok pilih langsir..


Bila mana aku mulai bosan...mulala wat keje lain...love mirror reflection!!!



Akhirnya, RM1100 fulusku melayang membeli langsir baru dan setnya..
Gmbr lgsir pilihan hatiku tu korang tgk masa kenduri jela ek..kiv dulu..hehe...tataa
























10 September 2009

Selamat Hari Lahir Azrul Hisham






10/09/09~ his Birthday


tIAP2 tahun bila masuk je pukul 12 aku dah standby nak call dia utk wish happy birthday..
Tahun ni, saje je nak tukar style..malam 09/09/09 masa dia call sepatah dia tnya sepatah ku jawab...malas layan kononnya
Masuk je kul 12..langsung tak contact dia sampaila pagi esok dia sms:

" :-( .. tak ingat ke arini ari ape?"

Dalam hati mmg dah tergelak2..HEHE..dgn selamba ku reply

" Arini hari yg hampeh.."

Sebenarnya Zati dah plan dgn tuan empunya blog http://naemahonlinebakery.blogspot.com/ utk wat surprise cupcakes delivery untuk Azrul..






gmbr ini diamek oleh kak naemah..''thanks for the pic akak''



Tengok bukan main sengih lagi dpt cc di bulan puasa..



Ni puasa tak?



Kak naemah pun sms;



'Malu2 cat la abg dr tu..hehehe'





06 September 2009

JALAN-JALAN CARI BRG HANTARAN


SALAM RAMADHAN BUAT SEMUA..
Zati dapat cuti 2 hari ni tanpa ditolak baki cuti rehat..hee..bukan ape...tunang datangla. Nasib baik ketua jabatan jenis mudah approve cuti, langsung tak kesah brp ramai nak cuti sekaligus.
Alang-alang cik abg dah datang, kitorang turun A.setar ler..cari brg hantaran siap2..

LIST HANTARAN UTK DIA:
Kemeja-checked
Jam-checked
Tie-Checked
Kasut-checked
Quran-uncheck
Cincin-uncheck
Set wangian-uncheck
Wallet n tali pinggang-check
Coklat-uncheck
TOTAL: 5/9 MISSION ACCOMPLISHED

Abg tgh try kemeja
LIST FOR ME:
Set make up
Quran
Gelang
Kasut
Perfume
Handbag
Set penjagaan Muka
Baju??
Coklat

MISSION FOR ME: FAILED..huhu sbb handbag je yg beli..yang lain susah mau cari plus Zati cerewet sket

carlo rino handbag
Dah penat2 berjalan..sekali ternampak massage chair Takashima, apa lagi..try ler..bukan nak beli pun..just nak hilang penat berjalan..hua3..salesgirl tu layann baekk pnyer..Dua2 dapat try..tak senonoh tul perangai..ish3


Masa berbuka, Zati belanja mak, adik2 dan Abg sebab dah janji nak belanja makan ikan bakar once dapat first gaji 3 bulan..hehe







MENU KAMI:



dan tomyam campur























19 July 2009

Dan Sebenarnya

Semalam ku bermimpi dia..

Dia masih hadir dalam mimpiku walau tidak diundang

Kenapa??????
Dia kelihatan sedang membantuku berbuat sesuatu..aku tersentuh
dan AKU melihatnya dari kejauhan

Aku menangis teresak-esak..
Kenapa aku harus menangis??? Aku sendiri tidak pasti

PADANG BESAR AGAIN

Seronoknya seminggu tak bekerja..yehaaa..
Baru kerja 3 minggu dah dapat cuti 8 hari..hehe..jgn jeles

Sebenarnya, seminggu cuti tu kene gi kursus pathology di HTF. So consider myself not working la. sbb, tak pyah gi wad dan kursus pun bukan fix ofis hour pun. Banyak betul masa free~Hee~

Memandangkan hari ni Ahad, dah sah2 la lepak umah je. Mak pun ajakla gi Pdg Besar utk shopping.

Say CHEESE!!




Aih n mak bz pilih seluar


ME again..window shopping jela

TUALA 2 for RM 24 ( Mahal siott..sepatutnya rm20 jek)


HANDBAG for mum RM75( Lepas ditawar dptla RM55)

Blouse for mum RM29

12 July 2009

MY FIRST BABY & FIRST JOB EVER

Hee...

Jgn salah faham dengan tajuk diatas ye..
'baby' tu merujuk kepada gambar di bawah

muka kepenatan baru lepas tagcall EOD


Baru nilah nak merasa pakai kete sendiri..Yelah, senang nak berulang alik keja.
Zati amek gambar ni pun setelah dipaksa beberapa kali oleh tunang tersayang yg nak sangat tengok myvi baru tu.

Zati guna kereta ni pertama kali nak lapor diri kerja di Hospital Tuanku Fauziah, Kangar.
Alhamdulillah, dah masuk fasa baru kehidupan. Makin bertambah tanggungjawab dan dugaan hidup.

Hmm..takpelah..Welcome to the real world IZIATI!!!

21 May 2009

Jogging

Baru-baru ni mak gi check fasting blood glucose dia kat farmasi..dptla result 6. Mak bukan main risau lagi,takut kena kencing manis sbb biasanya sebelum2 ni klu dia gi check dalam 4.5-5 je..Esoknya terus mak ajak gi jogging kat Bukit Kubu. Sja je sebut jogging wpun sebenarnya jalan je..ekeke. Kitorang gi lepas subuh tau..huaaa..kagum aku dengan diri aku sendiri..

Meh kita usha aksi mak..hehehe
Chewah..ada gaya2

Dah letih ke tu?


budak gle posing

Banana Choc Smoothie

Hee...smlm zati berpuasa..kebetulan kat umah ada banyak pisang tak terhabis makan, maka otak pun cari le idea nak habiskan stok.Ni lah dia banana choc smoothie..Gmbr sangat blur. Hp mmg prob sket bila mlm. Gmbr pun tak cantik plus sukati je letak dlm gelas tu..hehe..bukan pe..senang nak makan aiskrim gak..hehe


13 May 2009

My Engagement 2 MAY 2009

Alhamdulillah..lama tak menulis di sini..agak bz sedikit baru2 ni dgn mjlis pertunangan. Bukan pe, semua persiapan dibuat dalam masa 5-7 hari je merangkumi beli barang hantaran,catering, photographer, idea untuk rekabentuk hantaran dan idea pelamin, cari jurumekap, baju tunang dll. Sebenarnya bukan sengaja hendak membuat kerja last minute tapi terpaksa pendamkan hasrat membuat persiapan awal memandang exam pro3 yang sangat penting. Setelah confirm lulus, barulah dapat concentrate pada pertunangan.Fuhhh..



Oh ye, Zati taknak membebel lagi, enjoy my engagement pics ok?For more pics, please view my facebook albums

24 April 2009

APEX'S FIRST BATCH








Alhamdulillah..
Hari ini secara rasminya Iziati telah pun bergelar DR.NUR IZIATI BINTI HAJI MAHD FADZIL MD(USM)..

Sesungguhnya hanya Allah yg Maha mengetahui debaran saat menantikan pengumuman keputusan PRO3 di DK2.



2 jam menunggu, akhirnya Dekan dan lain2 mula memasuki DK2 maka bermula debaran yg sungguh menyeksakan. Satu persatu nama dipanggil mengikut abjad. Oleh kerana nama Iziati bermula dgn huruf N maka terpaksalah menunggu hampir seratus org dipanggil barulah dekan Prof Aziz Baba menyebut Dr. Nur Iziati Mahd Fadzil. Alhamdulillah..syukur padaMu Ya Allah.




Selesai pengumuman, tibalah masa untuk membaca Oath of Graduates ( School of Medical Sciences)

In the name of God,We seek from you:

The ability to be truthful, honest, modest, merciful and objective in our dealings.

The fortitude to admit our mistakes, to amend our ways and to forgive.

The wisdom to comfort and counsell all our patients towards well being, peace and harmony regardless of their social status, race and religion.

The ability to understand that our profession is sacred, dealing with your most precious gift of life and intellect.

We promise to devote our lives in serving Mankind, poor or rich, literate or illiterate, irrespective of race and religion with patience and tolerance, with virtue and reverence, with knowledge and vigilance, and with Your love in our hearts





Sesungguhnya gelaran Dr. bukanlah sesuatu yg harus dibangga2kan. Perjalanan hidup yg makin sukar menanti di hadapan. Dan kerana itu, hanya Allah yang menjadi tempatku bergantung. Moga jalan yg sukar terasa senang.


Buat 2 insan yg sangat penting dalam hidupku, Mak dan Azrul Hisham..terima kasih kerana sentiasa mendoakanku dan sering solat hajat lebih daripada Iziati melakukannya sendiri.

Mak, kak ati akan berusaha menjaga mak dan adik2 sebaik mungkin

Abang..
Terima kasih kerana menjadi tempat Zati mengadu dan menangis. Terima kasih kerana mendoakan Zati dan membantu Zati bangun semula saat Zati tak bermaya 5 tahun lepas. Abanglah lelaki pertama yg ambil berat tentang study Zati dan abg jugalah orang pertama yang akan menangis saat Zati ditimpa musibah