18 February 2009

CINTA DAN BAS

This is funny but may be true.......






Tahu tak, cinta sebenarnya sama seperti seseorang yg menunggu bas.
Bila bas tu
datang, awak nengok bas tu dan awak kata pada diri awak, "Eee...
penuhnya...tak
de tempat duduk." Jadik, awak katakan pada diri awak, "Saya akan
tunggu bas yg
lain." Awak pun biarkan bas tu berlalu dan awak tunggu pulak bas yg
lain.




Kemudian, datang pulak bas yg kedua.



Awak nengok bas tu dan awak akan cakap, "Eee...bas ni buruk sgt...
mesti tak
selesa. Dan mungkin bas ni akan rosak kat tengah jalan." Jadi, awak
pun biarkan
bas buruk tu berlalu dan awak bercadang untuk tunggu bas yang
seterusnya.



Setelah beberapa ketika, datang lagi sebuah bas. Bas yg datang tu
kosong, tak
penuh dan tak seburuk bas yg tadi tapi kali ni awak kata, "Emmm...
tak de
air-cond...cuaca pulak panas. Lebih baik saya tunggu bas yg lain."
Dan sekali
lagi awak biarkan bas tu berlalu dan awak bercadang utk menanti bas
yg
seterusnya.



Tiba-tiba awan mula gelap, cuaca semakin mendung dan baru awak
perasan yg awak
pula dah terlambat rupanya. Awak mula panik dan terus naik bas yg
datang ketika
itu, walaupun bas itu tak sebegitu sempurna.



Dan kemudian barulah awak sedar bahawa...awak dah naik bas yg salah.
Jadi,
selama ni awak dah membazir banyak masa dan wang untuk menunggu apa
yg awak nak.




Walaupun yg datang tu adalah bas yang berair-cond, adakah awak dpt
pastikan
bahawa bas tu tak akan rosak di tengah jalan atau mungkin bas tu tak
terlalu
sejuk untuk awak?



Jadik,
mengingini apa yg
awak idamkan tu memang tak salah.



Tapi, tak salah juga kalau anda sanggup memberi satu peluang pada
orang lain,
kan?



Sekiranya awak dapati "bas" itu tak sesuai dengan awak, apa yg perlu
awak
lakukan hanya tekan loceng dan turun daripada bas tu.



Tapi...saya pasti awak semua tentu ada pengalaman yg macam ni. Awak
nampak
sebuah bas datang (tentulah bas yg awak nanti-nanti kan), awak tahan
bas tu tapi
pemandu bas tu pulak buat tak faham dan pura-pura buat tak nampak
awak dan terus
berlalu tinggalkan awak!



Ha, ha, ha, ha....Bila ada bas yang lalu melintasi saya macam tu,
apa yang saya
lakukan ialah BERJALAN!



Bodoh sebenarnya untuk mengejar bas tu sebab setiap kali, awak akan
terjatuh dan
menyakiti diri awak sendiri.



Jadi, bercinta tu adalah ibarat menunggu bas, sama ada awak nak naik
dan beri
peluang pada bas tu...semuanya terpulang pada diri awak.



Dan bila awak berjalan, awak sebenarnya cuba melarikan diri daripada
cinta!



N/B:I'VE FOUND MY IDEAL BUS

Moral: Marilah kite tunggu bas...tak payah naik kereta...he, he, he,
he,
heee....

2 comments:

:: alia diyana :: said...

salam... akak, sy copy kisah bas ni ek? best... hehe

my_iziati said...

wsm..boleh..copy lah =)..

Post a Comment