21 February 2010

Kasih Seorang Suami

Suatu hari, sewaktu Zati n Azrul baru saja pulang ke hotel setelah selesai membuat aktiviti di luar, terasa benar diri dalam keletihan


Azrul: Syg letih ye? tidolah dulu. Nanti abg kejutkan ye ( sambil mengusap2 dahiku penuh kasih sayang)





Aku hanya mampu mengangguk lemah dan terus tertidur. Sejam selepas itu, bagaikan di awang-awangan aku terdengar Azrul berkata.


''YaAllah, panasnya badan syg.. syg demam ni.. ''

Azrul bingkas mengambil tuala kecil yang dibasahkan terlebih dahulu lalu mengelap2 dahiku.
Aku tersentuh.



''Sayang lapar tak? Ni abg ada belikan makanan. Makan meh, nanti nak makan ubat''.



Azrul membantu aku untuk duduk. Bagaikan melayan seorang bayi , Azrul menyuap nasi ke mulutku. Aku mengunyah perlahan.

''Lepas makan ni, abang bawak sayang jumpa doktor ye?, '' ujar Azrul penuh kerisauan
''Takpelah abg, syg makan panadol je.. Nanti oklah tu..abg jgn risau ye, '' balasku lemah

Selesai makan, Azrul mengulurkan panadol buatku. Aku akur menelan. Alhamdulillah, 2 jam kemudian, badanku mula berpeluh. Suhu badanku tidak sepanas sebelum itu. Walau bagaimanapun, aku masih lemah.
Azrul menyedari niatku ingin mandi, lalu tanpa banyak bicara, dia terus mendukung aku ke bilik air. Satu persatu pakaianku dibuka, lalu dia memandikan aku dengan penuh kasih sayang. Selesai mandi, dia memakaikan pakaian buatku dan menyisir rambutku yang panjang.

Sungguh, isteri mana yang tidakkan terharu dilayan suami sebegini rupa. Menitis air mataku tersentuh dengan perlakuannya. ______________________________________________________________
YaAllah, terima kasih kerana menganugerahkan seorang suami sperti Azrul. Bantulah hambaMu yg lemah ini untuk menjadi isteri yang melebihkan suamiku dalam segala perkara. Bahagiakanlah kami di dunia dan akhirat
Coretan yang tidak seberapa ini hanyalah sekadar catatan kenangan buatku agar aku tidak lupa betapa Azrul tulus menyintaiku.

2 comments:

anyssafryn said...

alhamdulillah....
kau kunci cintaku di dalam hati muuuuuu
=)

Ummi Nuhlan said...

wah...so romantic la azrul..
zati.bila nak dok skali???dok PJJ lagi ka.
mcm mana..dah ada tanda2 nak timang cahaya mata ka

Post a Comment