28 March 2015

Sesi Mengecat Bersama Momento

Wallpaper or Cat Momento ??

Tahniah untuk Nippon sebab berjaya meracun aku supaya membeli Cat Momento untuk rumah baru kami. Gigih tau tonton utube smata2 nk cari idea color n design yg sesuai.

Hihi..

Hasilnya.. memang kena try n adjust

Kebetulan harga untuk sebelum GST ni ada promotion RM108/tin 1liter je tau plus undercoat n tools.

Kata tokey kedai cat tu.. normal price RM155. So agak bernasib baik juga bleh dapat harga ni.

Ruang yg dipilih utk cat momento 3 wall shj.
1st n 2nd di ruang tamu
3rd harusla di master bedroom

Ruang lain pilih color white /  grey / white whale/ pretty box dr jenama Nippon n smartpaint shj

Cat sendiri ker ?? Of course la tidak.. upah je. Takkanla mak buyung yg dah 33wk ni nk mengecat dik oii. Siap duit ja.

Jom intai sikit hasil momento akhirnya setelah 2-3 kali aku suh tukang cat tu cat balik bila hasil nampak kurang sekata. Maklumla cat ni sensitif plus agak baru. Bukan senang nak apply. Tukang cat pun tak biasa sangat guna momento. Hasil mmg sgt individualised.


Ruang Tamu

Ruang Tamu

Ruang Makan

Master Bedroom

Ruang Makan

Master Bedroom

Hasilnya memang kena dengan citarasa aku. Master bedroom tu warna purple sebenarnya tapi sebab lightning effect nampak macam pink pulok dalam gambar. 
Best2. Kos upah cat seluruh rumah bahagian dalam sekali siling, tangga, semuanya RM1100. Kalau tak melibatkan cat momento RM800 dah boleh dapat sebenarnya. 

Ada gak jiran ( lelaki okeh ) terdekat datang jenguk2 rumah dr luar selepas selesai cat semua. 

Jiran : Ni wallpaper sticker ke?
Me : Takla, ni cat Nippon Momento
Jiran : OoOoOo ( sambil terlopong ) ..kekeke

Dah habis cat bolehla cuci + menyamak rumah pulak pasni. Yeayyyyyyyy :)



24 March 2015

Awning Car Porch & Belakang Rumah

Niat di hati nak sangat bahagian porch kereta tu pakai slab macam dalam gambar di bawah ni. Kebetulan design rumah hampir sama. Bila mintak quotation dari kontraktor, diberinya RM 37k.. Perghhh.. lupakan jela.



Macam biasa, walaupun dah tahu hasil kerja dan harga dari yang buat grill sebelum ni agak berbaloi, nak juga tanya sebut harga dari kedai grill yang berdekatan Arau juga

Beza banyak juga, lebih RM600 beza untuk awning belakang sahaja. Ok, nampaknya memang jodoh aku lagi dengan tokey besi dari Kuala Perlis lagi.

Sebelum

Selepas
( Abaikan tong-tong cat yang bersepah di situ, al maklum baru sudah cat rumah )

Selepas


Ok..cukuplah setakat ni.

Buat apa yang termampu sahaja

Total kos awning depan belakang + 7 Tiang stainless steel : RM 10 k


Luas depan : 570kps
Luas belakang : 180 kps




Tinted rumah & Grill

Perlu ke tak sebenarnya tinted rumah? Tanya la diri sendiri sama ada kehendak / keperluan.

Bagi aku, ianya keperluan. sebab cermin sliding door n semua tingkap semua orang luar boleh nampak ok. Takkan nak duduk dalam rumah siang hari pun nak bertudung / tutup aurat bagai sebab orang luar boleh nampak kot yang duduk dalam rumah..

Kalau malam xpela boleh tutup pakai langsir, siang hari takkan nak jatuhkan langsir juga ? Rimas tau. at least nak gak selak2 langsir nanti

Setelah disurvey 2 kedai area Seriab, Kangar. akhirnya aku choose kedai yg bagi sebut harga lebih murah.

Jumlah tingkap : 15
Jumlah Sliding door : 4
Pintu masuk : 1

Quotation dr kedai A: RM 2400
Quotation dr kedai B : RM 1600

Color : Green/Silver

(dari luar nampak green, dr dalam nampak silver2 gitu )


Yang penting , kita boleh nampak orang kat luar rumah tapi orang luar tak nampak kita plus UV filter juga.

Ni view dari luar..


Ni pula view dari dalam




Dah siap bertinted, harus proceed dengan grill rumah pulak untuk keselamatan.

Aku malas nak design bunga-bungaan atau wrought iron. Tengok jela jumlah tingkap dan sliding door rumah aku. Jenuh nak berhabis nak pilih yang mahal-mahal. Banyak lagi duit nak pakai ni. 

Tapi yang bagusnya si tukang besi ni semua grill dia guna besi yang diameter tebal kalau nak dibandingkan dengan rumah jiran yang design yang sama. Ada la besar jari je saiz besinya. Macam tak confident je tengok.

P/S: Tak tiru jiran ok, memang dari dulu aku minat design simple macam tu je.

Selain tempah grill, untuk pintu dapur, aku tambah lagi selapis pintu stainless steel. Biar kalis tempias hujan, pintu kayu dapur tu tahan lama sikit. Tak payah buat awning dah bahagian pintu dapur. Ada awning pun kalau nak tempias hujan, reput juga.





Kos grill : RM 6130
Kos pintu stainless steel : RM 1300

Tapi macam biasa, mintak diskaun skit tokey tu kurangkan skit

Renovation Rumah Kami

Hari ini agak free. Ambil day off sebab nak monitor bibik ( pay pershift ) cuci rumah sebelum angkut segala perabut masuk.

Maid ni just amik 5jam pershift, bayaran RM60.
Kerja 8am-1pm.
Sambil2 tengok dia mencuci, aku berblog sambil dengar radio..layannnn





Sekadar coretan perjalanan progress renovation satu persatu sejak dapat kunci rumah

1) Report segala defect sambil follow up progress

2) Extend dapur seperti post sebelum ni. Kos RM 34k

3) Pasang tinted rumah. Advisable sebelum pasang grill rumah tau.

Jumlah tingkap : 15
Jumlah Sliding door : 4
Pintu masuk : 1

Quotation dr kedai A: RM 2400
Quotation dr kedai B : RM 1600

Haruslah pilih yg lagi murah kan..3ply..color green/silver. 

Owh sejukkknya terasa selepas pasang tinted. Boleh reduce power consumption dek pasang aircond / kipas. 

4) Daftar dengan TNB untuk masuk meter eletrik. Yang ni pemaju dah done part dia cuma aku kena pergi sendiri bayar deposit buka akaun. Yang part ni aku skip, mintak ja tolong orang yang wiring whole rumah ( yang aku percaya la ) pergi tolong daftar since nanti dia nak upgrade meter dari single phase ke 3 phase.

Bagi kedai dan pejabat, kebiasaannya dibekalkan dengan pendawaian 3-phase memandangkan banyak tenaga elektrik yang diperlukan.Pendawaian 3-phase akan membekalkan tenaga letrik yang mencukupi dan seimbang sekiranya pengguna menggunakan tenaga elektrik yang banyak seperti air-cond, pam bermotor untuk kolam renang dan sebagainya. Ianya lebih menjimatkan berbanding single-phase tetapi untuk menukar pendawaian single-phase kepada 3-phase memerlukan belanja yang besar kerana sistem pendawaian di rumah/premis perlu ditukar. 

Total kos : 
Daftar TNB : RM 1060
Wiring ( concealed ) : RM 7k

Mahal kan..setiap bilik wajib ada 3 soket min, point aircond, point water heater , 2db kat bwh utk 3 phase , suis lampu auto luar rumah, point utk water pump, wiring car porch etc. so nanti tak payah nak tebuk2 dinding lagi. Dah cukup banyak dah point yang sedia ada

Yang dipilih wat wiring ni orangnya jujur, kerja hospital juga jadi dia datang wat time dia cuti / weekend saja. Memang berbulan2 masa diambil. Asalkan boleh dipercayai, ada lesen / memang ada background nak wat wiring. Aku tak kisah pun lambat. Bukan nak masuk rumah rushing pun.

5) Pasang grill & pasang pintu stainless steel di dapur. 

Total grill :                            RM 6000
Pintu stainless steel :             RM 1300

6) Pasang awning depan / belakang rumah

Total kos : RM10 k

7) Beli lampu / kipas 

Kos : RM 3k ++

8) Pasang alarm . Sila rujuk post sebelum ni


9) Cat rumah . 1 st step  cat dalam sahaja

Upah : RM 800 ( Untuk semi D 2 tingkat )
Upah cat momento 3 feature wall : to be updated
Kos beli cat etc : RM 1k++

Aku pilih cat momento, cat nippon satin glo n smart paint vinyl glo

9) Dah siap cat masa untuk mencuci rumah. Lalala..pas ni boleh tempah langsir pulok.

Quotation yg diberi RM 5351 termasuk semua upah / kain / pasang rod / rail double utk bilik







Panduan Selepas Dapat Kunci Rumah


Aura rumah baru masih terasa walaupun sebenarnya dah dapat kunci dari Januari 2014 tapi sampai sekarang belum rasmi masuk rumah. Renovate sikit2..so lambatla.

Hari ni saja nak share panduan dari perkongsian yg lebih berpengalaman

1) Masuk rumah dengan lafaz bismillah


                                                        السَّلَامُ عَلَيْنَا وَعَلَى عِبَادِ اللهِ الصَّالِحِيْنَ

2) Try semua kunci rumah yang diberi pemaju. Pastikan takde yang sangkut / takde kunci. Kalau ada defect sila catat pada borang aduan defect yang dibekalkan pemaju

3) Tips seterusnya adalah mengunci rumah anda, pagar, tingkap, tingkap toilet, sliding door pintu dan segalanya yang memungkinkan access mudah keluar masuk rumah oleh pencuri kabel letrik selepas anda explore rumah baru anda.

4) Apabila meter letrik dan meter air dah dipasang dan rumah telah mempunyai bekalan air serta bekalan elektrik. Sila pastikan pili air di rumah anda mengalirkan air dengan sempurna.

5) Pergi ke rumah dan duduk di dalam rumah baru anda di saat hujan sedang turun dengan lebatnya. Pastikan takde sambungan atap atau atap yang bocor dan mengalirkan air. 

6) Sila goyang-goyangkan pemegang tangga rumah anda, pastikan ia kukuh. kadang-kadang ada yang longgar dan bergoyang-goyang.

7) Sila periksa semua tiles / dinding / siling supaya bebas dari sebarang rekahan. 

8) Bilik air tingkat atas tidak bocor. Hehe. Caranya, ambil binding tape, sealkan sepenuhnya lubang aliran air keluar. Penuhkan bilik air dengan air buat ala2 kolam gitu. Biarkan seminggu

9) Pastikan meter air berkunci ok

Ok selepas proses menyiasat rumah dengan  tips di atas selesai barulah anda boleh merenovate dengan jayanya.

10 March 2015

Alarm System

Lately banyak kes pecah masuk rumah di Perlis tapi taklah dengar sampai berparang2 atau cederakan tuan rumah. Risau juga dengan situasi tu. Nauzubillah. Sebelum masuk rumah,better pasang at least alarm system. Kalau mampu pasang CCTV juga.

Tapi apa2 pun yg penting doa dan tawakal pd Allah kerana Dia lah sebaik2 penjaga.

Berbalik pd topik, aku sempat survey 2 tempat utk alarm.

Berikut adalah 2 quotation yg aku dapat



A:
 Life 8zones alarm panel complete with :
12transformer -1 unit
7AH battery
Strobe light -1 unit
External siren - 1 unit
Internal siren - 1 unit
Paradox infrared - 2 unit ( utk siling )
Remote control 3 unit
Keypad 2 unit

RM4300 untuk

Jumlah sliding door n pintu: 6
Jumlah tingkap termasuk tingkap toilet : 15

B: Bumiputera
Untuk brg yg hmpir sama tapi masih kurang dr si A dr segi jumlah sensor n vibrator yg dipasang tapi hrga yg diberi RM6380

Perghhhh.. pengsan dgr hrga si B ni. Nak tak nak mmg amik dr si A la.


C:

Mintak quotation dr syrkt bumiputera juga. Punyalah lembab nk bg quotation. Suh pm inbox fb la.. suh tinggal emel n hp la. Last2 habuk pun tarak walaupun sebulan lebih . Goodbye jela. Harap gah je kt fb page wall.
kedai**tB

Setakat sekarang puas hati dengan after sales service si A ni.

Keselamatan keluarga jgn berkira sangat.
Baik pasang sebelum masuk umah sbb nnt wiring concealed. Habis rosak cat, dinding kalau dah duduk baru terhegeh-hegeh nk pasang.

Alarm : CHECKED


Ok. boleh tidur dgn lena

See ya

01 March 2015

DIY MAP Rumah

Semalam teruja lebih utk buat map standby utk kad jemputan ke rumah baru kiv untuk bulan 5 nanti.

Aku bukanlah pakar photoshop / hi tech guna software / graphic designer

Masa ni lah peranan en google diperlukan. Pelbagai blog yg bg tutorial utk buat DIY map antaranya guna microsoft visio / photoshop / photoscape etc

Antara 3 ni. of cos aku familiar dengan photoscape. Tapi photoscape kena gabung dgn microsoft word n paint juga..

Sesiapa nk full tutorial leh rujuk di blog ni
. Sangat mudah difahami.

Klik sini utk full tutorial bergambar::

Tutorial Kad Kahwin

Hasilnya. Ni map yg aku hasilkan. Map je lah dulu. Tu pun lawan berebut dgn si kecik yg dok kaco umminyer. Hihi. Full map maafla terpaksa censoredkan sbb sekarang ni banyak penjenayah siber / penyamun yg salah guna maklumat privasi. Karang xpasal2 jd aim plak