14 November 2016

Surprise Delivery n Annual Concert

Bulan November adalah antara bulan yang paling dinantikan.  Sebab..??? 
Hari lahir ku jatuh pada 11 November. 
Im kinda obsessed with number 11..(wink).Perhaps my lucky number. 

Lalu pada hari tersebut,  sedang asyik mencatit finding pada eye card patient di klinik,  Tiba2 salah seorang teman sepejabat memanggil dengan mimik muka kunun2 serius.        

Instinct dapat merasakan.. "hmm.. Ada surprise delivery la kot ni"...  
True enuf..        

=)     

Alhamdulillah 
Tanda ingatan daripada si suami

Rasanya ni first time dapat fresh flowers
Tq so much for being here during the most important date in my life even though i still need to go to work. 
Im really appreciate it.. 
........................................................................................ 
Pada 13 November pula,  tadika Ammar Wafi mengadakan acara tahunan konsert dan graduasi. 

Seronok tengok budak-budak buat persembahan walaupun banyak kali juga menguap dalam dewan tu sebab bosan dengan acara yang tidak berkaitan dengan Ammar Wafi.  

Agak kagum dengan kostum yang disediakan pihak tadika.  Cantik-cantik pula tu. 
Apa pun.. Ini kali pertama kami suami isteri terlibat acara rasmi untuk anak sulung kami. 

Bukan main seronok si Wafi bila nampak kami di tempat duduk penonton datang menyaksikan persembahan dia  "Car Wash Dance" diberi nama. Huhu

Jangan cepat besar sangat sayang. 
Nanti Ummi rindu.. 



Semoga dirimu membesar menjadi anak yang soleh dan bijak pandai. 
Amin

05 November 2016

Karnival #maipakatsenyum Perlis

Sabtu yang indah,  hari cuti tanpa oncall harus dimanfaatkan bersama keluarga walaupun tanpa suami di sisi.

Semalam ternampak notis iklan di Klinik Pakar Bedah Mulut HTF ada program di Giant.
Antaranya

Pertandingan Mewarna
Pentas Boneka
Pentomin
Pemeriksaan Gigi Percuma
Pameran etc

Jadi memang berniat nak bawa si Ammar Wafi join Pertandingan Mewarna walaupun tidak tahu pukul berapa contest tu bermula.
Bukanlah nak hadiah sangat pun,  cuma nak bagi dia pendedahan bersosial dengan cara yang baik.

.
.
.
Pada hari kejadian,  datangla kami 2 beranak ni.  Kecewa juga bila dimaklumkan pertandingan dah tamat.  Tinggal aktiviti lain sahaja.  Walaupun lambat,  kami masih join aktiviti lain dan daftar untuk cabutan bertuah.

Tup.. Tup..  Alhamdulillah menang nombor cabutan bertuah
.
104
.
Alhamdulillah
Alhamdulillah
Dapat pula hamper paling besar.

Betullah..
Manusia boleh merancang,  tapi rancangan Allah is the best.

Jom layan gambar kenangan


Salam sayang

Iziati






19 September 2016

Cuti-cuti Sabah Lagi..

Salam Aidiladha buat semua yang menyambutnya

Macam mana sambutan tahun ini?
Zati macam biasa, terpaksa oncall sehingga 8pagi hari raya pertama tu.

Tapi pagi tu juga naik flight balik kampung suami di Jeram, Selangor
Sebenarnya balik raya + bercuti ke Sabah jua sebab nak habiskan tiket raya tahunan yang company suami bekerja peruntukkan untuk satu keluarga. Lebih baik guna sebelum tamat tempoh.

Disebabkan anak-anak kurang sihat, kami tidak pergi jauh. Sekadar berjalan-jalan di sekitar Kota Kinabalu sahaja.

Trip ke pulau ( Manukan, Sapi, Mamutik ) dah pergi tahun 2011 masa mengandungkan Wafi 6 bulan
Trip ke Kundasang, Ranau dah 2 kali. Kali pertama masa honeymoon, kali kedua bersama mak dan adik perempuan 2014

Kalau ada yang mati akal nak ronda Kota Kinabalu, boleh cuba ke sini pula ya.






Taman Buaya Tuaran( 30 minit dari Kota Kinabalu )

Harga tiket
 DEWASA RM 16

Pelbagai jenis buaya dipamerkan.Bolehlah ajak anak-anak sambil mengajar rupa bentuk sebenar buaya, Manalah tahu, kalau asyik tengok gambar dalam buku sahaja, takut keliru pula dengan biawak..Eh..hehe

Nah bukti kami dah ke sini ya
Gambar buaya sebenar tidak disertakan.



Grand Illusions, Tg Aru
Di sini anda boleh mengisi masa lapang memahami konsep sains mudah seperti graviti dan lain-lain.
Mula-mula macam bosan bila suami ajak, tapi bila masuk seronok pula sebab masa tu kami sekeluarga sahaja yang melawat dan ada part yang mencabar juga seperti mencari jalan keluar. Awas kalau anak anda fobia bilik gelap. Pandai-pandaila pujuk ya.






21 August 2016

Aidilfitri Throwback

Fasa keluarga dengan anak kecil bukan mudah nak bergambar ya.

Naik semput ummi nak tangkap sorang-sorang suh pandang kamera, senyum lagi. Jangan kata Ummi, photographer tu sekali naik mencungap selama sejam.


Nasib la encik photographer, kerja berbayar, nak2 lagi shoot last day Ramadhan 2016.

Tahniah kerna hasil kerja anda memang awesome

TEMA PHOTOSHOOT KALI NI:


AidilFitri white studio
Sejam
Multiple pose

Pakej include :
RM160
12R poster print
3pcs 4R


Tapi part paling best, masa nak collect hasil, dia cakap kilang terprint reject sikit ( ada stain -very minimal ) pd poster print 12R tu. So sebagai ganti dia kasi sahaja 2 pcs poster 12R tu.. Cantik jer tengok.

Alhamdulillah..
Rezeki lagi

11 June 2016

Ramadhan Kareem

Salam Ramadhan Hari ke-6



Macam mana puasa anda hari ini? Ada tak checklist ibadat anda bulan ni? Dah compare dengan last year ? Kalau ada kemajuan Alhamdulillah.. Jom sama-sama audit ibadat sendiri. Tak perlu nak banding dengan orang lain. Allah sentiasa ada untuk nilai kualiti ibadah anda.

Macam mana nak audit?

Secara ringkas, boleh buat macam ni.

  • Ramadhan tahun lepas , subuh gajah. Tahun ni pastikan Subuh ON TIME
  • Ramadhan tahun lepas , langsung tak bangun sahur..Tahun ini pastikan BERSAHUR.     Keberkatan itu yang dicari
  • Ramdhan tahun lepas, terawih pun tidak. Tahun ini cuba tunaikan sunat terawih mengikut kemampuan hatta di rumah sendiri



ni contoh sahaja..

Okla, sempena bulan mulia ini.. nak share kenangan menang contest baru-baru ini anjuran Fireflyz..
Hee..Nak gak simpan buat kenangan semanis gula gituu . Hidup ini bukan sekadar kerja semata-mata.

;
;
;
;


Iya, akak tak menang kereta pun. Jadilaaa kan dari tak menang apa-apa..Kikiki

Rezeki 2016

What more i can say ??




09 January 2016

Cuti-Cuti Sabah ( Kota Kinabalu )

Hai semua & salam tahun baru 2016
.
Walau dah hari ke9 di tahun ini, masih tak terlewat nak ucapkan Semoga Tahun Baru 2016 ini kita semua berjaya mencapai impian masing-masing..
.
.
Kali ni akak nak cerita kenangan ke Sabah. Sudah beberapa kali ke sana sebab HUBBY memang bertugas di sana.
.
Tak mau cakap banyak tempat, kali ini akak nak share pengalaman menginap di Kota Kinabalu
.
.
Masa disana, akak tak stay di rumah sewa husband sebab yelah kan dia pun ada housemate lelaki, takkan nak bawak bini masuk.
Jadi kami dan if family join, memang akan menginap Condotel Marina Court, KK
.
PREVIEW SKIT GAMBAR
.
.









Sangat-sangat recommended. Akak bagi 4 bintang untuk kebersihan dan servis

Antara kemudahan yang ada di sini :
Apartment 3 bilik
Bilik Air 2
Dapur beserta kelengkapan memasak, periuk nasi, cerek , peti ais, pinggan mangkuk, microvawe oven
Mesin basuh
Swimming pool
Free wifi
Fully aircond
Lokasi sangat strategik dengan kawasan tarikan pelancong dan jeti untuk island hoping

    Nearest transport:
  • South Bus Terminal (0.5 Km / 6 min walk)

    Distance to airport:
  • Kota Kinabalu International Airport (4.2 Km)

    Top nearby attractions:
  • Warisan Square (0.0 Km)
  • Tourism Malaysia (0.1 Km / 2 min walk)
  • Airworld Travel & Tours (0.2 Km / 3 min walk)
  • Port View Seafood Village (0.2 Km / 3 min walk)
Note: Distances are measured as a straight line.




Pendek kata memang tak nyesal stay sini, harga pun berpatutan.

Haa..
Kalau nak booking boleh wassap 014.8382315 ..
Kalau nak pi cuti sekolah tu, jangan lambat2 book.. Penuh kot hotel area KK ni.. 

Nanti akak share lagi pasal Sabah untuk next entry ya