Macam mana sambutan tahun ini?
Zati macam biasa, terpaksa oncall sehingga 8pagi hari raya pertama tu.
Tapi pagi tu juga naik flight balik kampung suami di Jeram, Selangor
Sebenarnya balik raya + bercuti ke Sabah jua sebab nak habiskan tiket raya tahunan yang company suami bekerja peruntukkan untuk satu keluarga. Lebih baik guna sebelum tamat tempoh.
Disebabkan anak-anak kurang sihat, kami tidak pergi jauh. Sekadar berjalan-jalan di sekitar Kota Kinabalu sahaja.
Trip ke pulau ( Manukan, Sapi, Mamutik ) dah pergi tahun 2011 masa mengandungkan Wafi 6 bulan
Trip ke Kundasang, Ranau dah 2 kali. Kali pertama masa honeymoon, kali kedua bersama mak dan adik perempuan 2014
Kalau ada yang mati akal nak ronda Kota Kinabalu, boleh cuba ke sini pula ya.
Taman Buaya Tuaran( 30 minit dari Kota Kinabalu )
Harga tiket
DEWASA RM 16
Pelbagai jenis buaya dipamerkan.Bolehlah ajak anak-anak sambil mengajar rupa bentuk sebenar buaya, Manalah tahu, kalau asyik tengok gambar dalam buku sahaja, takut keliru pula dengan biawak..Eh..hehe
Nah bukti kami dah ke sini ya
Gambar buaya sebenar tidak disertakan.
Grand Illusions, Tg Aru
Di sini anda boleh mengisi masa lapang memahami konsep sains mudah seperti graviti dan lain-lain.Mula-mula macam bosan bila suami ajak, tapi bila masuk seronok pula sebab masa tu kami sekeluarga sahaja yang melawat dan ada part yang mencabar juga seperti mencari jalan keluar. Awas kalau anak anda fobia bilik gelap. Pandai-pandaila pujuk ya.