30 March 2017

Trip ke Kajang

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Lama tak menulis di sini,  hari ni Zati dan Anak2 berkunjung ke Kajang kerana esok ada appointment di sana.

910am sudah bertolak dari rumah mak di Kuala Perlis.  Kereta parking di airport sahaja.
Flight Malindo bertolak ke Subang 1125am. Ke sana,  kawan merangkap rakan sekerja turut serta.  Husband bakal menyusul kemudian sebab dia ada job di Kerteh. Senang den ada yang teman,  yelah,  kalau tak,  semput juga mana nak tolak beg besar gedabak,  stroller dan pegang tangan Wafi lagi.  Thanks Um ๐Ÿ˜˜๐Ÿ˜˜

Sempat lagi berwefie yaaa



Setibanya di subang,  kami berpisah. Masing2 grab Uber.  Sebelum book uber,  sempat lagi survey di kaunter taxi airport berapa harga ke Prescott Hotel,  Kajang.

Taxi : RM65
Uber : RM45

Oleh kerana perbezaan harga yang agak ketara,  of course la Zati book Uber kan.  Dapatla naik vios.Driver baik. 5 bintang akak bagi ya sebab tolong angkat beg,  stroller sampailah ke lobi hotel.

Prescott Hotel ni,  Zati dah book awal lagi melalui expedia.com

Harga walk in / phone booking : RM145 tanpa breakfast
Harga expedia.com                     : RM128 room with breakfast ( request twin bed + remarks pada hotel nak babycot)


Tak sangka,  masa check in,  diorang bagi bilik yang ada katil king,  1 single bed dan siap babycot. Wowwwww..  Memang terbeliak mata akak ni bila buka pintu bilik.  Terkesima punya pasal. Rupa-rupanya hotel upgrade bilik superior yang ditempah kepada family room tanpa caj tambahan.

Disebabkan anak belum makan,  Zati pun order makanan hantar ke bilik.
Minta bihun goreng je. Tapi punyalah baik,  Free of charge Jus Oren lagi. Alhamdulillah.  Lagilah hati sangat seronok.  Harga bihun goreng yang siap ada udang,  sotong cuma   *
RM6. 50.. Besttt.. Masakan pun sedap.

Esoknya,  oleh kerana appointment zati takut habis lambat., zati plan nak tambah lagi 1 malam.  Terus book menggunakan expedia juga untuk superior room tapi boleh dapat harga lagi murah,  Cuma RM97.20 tapi boleh maintain stay bilik yang sama.  Wowww.

Lain kali,  bolehla datang sini lagi.  Jomm travel.. :-)



1 comments:

Unknown said...

Hai sis blh wasap 01158280921.ika.nk ty hal tinted cermin rumah

Post a Comment