31 October 2015

Peraduan Dumex Mamil GiveAway 2015

Sapa sini suka masuk peraduan sila angkat tangan 💃💃
.
.
Akak pun suka.. Sajala syok2 amik feeling best once diumumkan winner walaupun hadiah tu biasa2 saja pun..
.
Feel tu yg penting
.
Speechless
.
😍😍😍😍
.
Hari ini , Dumex Mamil announced akak dah menang hadiah mingguan.
.
Biasalaa..dah masuk FASA 👪 Mak anak 2 ni.. Mulala hadap benda2 macam ni.
.
Anak pula memang Peminat tegar susu mamil..  Layankan dalam keterpaksaan. Nak try switch susu pun dah reject macam2 brand.
.
.
Haila anakku Ammar Wafi 👦👦👦
.
.
Okla, dapat hadiah pun sepeket susu Step 4 yang akan diposkan kemudian oleh Pihak Penganjur.  Rezeki anakla namanya..Alhamdulillah



Kikiki.. Dah lewat .. Selamat malam semua
☁ 👋🚀 ☁☁
      ✨ BYEBYE*
☁ ✨ 🎈
  ✨ ☁
 ✨
 ✨
🌾✨💨 🏃 🏠🏢

21 August 2015

Cuti Bersalin


Hari ini dah 10 HARI berakhir cuti bersalin 3 bulan..

Tapi aku sambung cuti lagi 22 hari (cuti jaga anak) sebab kebetulan baru minggu lepas mak operate mata disebabkan cataract aka selaput mata yang kebiasaannya dialami oleh orang tua apabila usia meningkat. 



Seronok dan rasa bahgia sebab berat badan banyak turun. Jom intai berat sebelum ini.

Berat masa booking ( buka buku merah ) : 63.5 kg

Berat masa TERM ( 39-40 w ): 73.5kg

Berat selepas 3 bulan : 55.5 kg

Jumlah penurunan :     18 kg

Walaupun masih belum mencapai target berat ideal, tapi sedikit sebanyak penurunan berat badan ini cukup buat aku happy.

Apa yang membantu aku turunkan berat ?
1) Breastfeeding & Pumping 

Betul, siapa nak kurus, Silalah nyusu bayi anda. Bohong kalau perjalanan nyusukan anak adalah Suweeet sokmo. Apa yang aku tak alami ? 
  • baby tak pandai latch
  • latch tak betul
  • berdarah2
  • nangis sebab nipple crack sampai 2-3 krim husband belikan
  • baby refuse direct feeding
  • baby confuse nipple
  • baby refuse EBM

In the end, after 3 months confinement period total EBM collected 1500++ oz. Alhamdulillah

2) Set berpantang yang selamat

Set berpantang juga penting ya. Set yang aku guna sangat complete. Memang puas hati. Antara kandungannya
1. Teh herba (MAL 11030061T)
2. Herba Lepas Bersalin 1 (MAL20020779T)
3. Herba Lepas Bersalin 2 (MAL20021282T)
4.  Herba Pembersih Wanita
5.  Herba Mandian
6.  Campuran Penghangat Badan (Param)  – Sachet Hijau
7.  Campuran Penenang (Pilis) – Sachet Silver
8.  Campuran Peramping Perut (Tapel) – Sachet Kuning
9.  Minyak Urut Herba
10.  Minyak bayi

  1. FREE Bengkung yang bernilai RM50
  2. Carta &  Cara Penggunaan setiap items sepanjang 44 hari berpantang.  (Siap carta berjadual supaya kita tak teragak-agak, bila nak guna.. dan cara penyediaan lengkap setiap item.)
Yup, aku sanggup jadi ahli supaya dapat beli harga murah..Hehehe..tak rugi pun. Siapa nak beli meh wassap jer 019-411 0957 .

Yang paling aku suka herba mandian. Sebijik mcam daun-daun mandian yang mak carikan. Segar sahaja. Even lepas cser pun ok jer mandi.

Setiap kesan berbeza mengikut individu ya. Kalau dah pantang nampak semua balun, tak menjadi jugak. Eh..aku pun macam tu kadang2..Ampun..hihi

Jom belanja gambar masa gemuks tahap MAX n after 3 months.

Pada yang menyampah baca post ini, sila Pejam mata. Tak elok buruk sangka dengan orang.






21 July 2015

Berbuka Puasa Di Alor Star

 Ahaaa.. Walaupun ni dah hari raya ke 5, rasa nak post juga tentang iftar di Kedah. Al maklumla dah penat berpantang, nak jugak merasa makanan best2.

Kali ni berbuka di Nasi Lemak Royale, Pantai Johor. Bertolak dari Perlis kul 6ptg++ , elok2 sampai ja dah pukul 7pm. Elok sangatla dah nak dekat2 berbuka.

Sapa yg taktau, nama kedai ni nasi lemak, tp jgn duk bayang nasi lemak putih, sambal bilis bagai tu ya.. ni ala nasi kandar. Nasi pun kaler kuning.

.
.
.
Tengokla betapa ramainya dok beratur . Ni bukan time nak berbuka ja tau. Hari2 kena beratur. Tu petanda kedai sedap ( tekak aku la ) ..




Husband beratur giliran ke 30. Hameekk kawww. Org dah azan maghrib pun masih ada 3org lagi kat depan

..

Nasi aku harusla kuah banjir..Dahlama kot xmkan kuah banjir / gulai / kari since preggy sbb tekak meloya. Pembawakan budak.

...

Aku pilih ayam goreng, kobis, sotong , hubby cuma amik ayam goreng ja. Air pulak kena order dlm jug ja sbb dh dekat time berbuka. Air teh ais ( separuh ). Total RM15. Murahla kot bg aku.

Lepas berbuka kami g solat kat airport dah 1 jalan je then bergegas shopping baju raya husband n anak. Baju raya aku beli online je since 5 bln lepas ( masa tgh preggy ).

Penat bertawaf, kami terjah satu kedai lagi utk supper. Okeyy..ranap diet aku masa pantang hari tu.

Ni roti doll okey.. Famous kat Kedah ni. Kat bwh telur tu roti canai , di banjirkan dan letak telur goyang satu.. Lazaaaattt yang amat.

First time try, nanti boleh datang lagi. Lokasi , Faroq Roti Doll , Jln Hutan Kampung



Sampai jumpa lagi...daaa

21 May 2015

Kelahiran Yang Dinanti

13 Mei 2015 bersamaan 
24 Rejab 1436H 

637pm lahirlah seorang puteri genap kandungan 40 minggu + 1 day

Berpantang adalah perkara paling tak best dan arini baru hari ke 9. Uhuuuu

Tepat hari ke-7 kelahiran, akikah dan bercukur dah selamat diadakan . Jeles betul bila mak cakap kali ni masakan kambing dari caterer sangat sedap . Harga kambing sahaja RM 850, Upah memasak RM150 .

Sama seperti previous pregnancy, kali ni bersalin pun di private, Kedah. Mmgla teringin anak2 lahir di Perlis mcm maknya okey.. tapi tak sanggup rasanya nk melahirkan di HTF. Bukan sbb tiada kepakaran, tapi wad antenatal / postnatal di Tingkat 1 dah penuh siap extension bed lagi. Lagi pula husband punya company mmg cover bil utk bersalin ( unlimited ) di private jadi klu dah ada kelebihan, kenapa tak guna.. kan ??

Apa yg penting dua2 selamat. Kos bersalin di private kali ni mmg buat kami laki bini ternganga. 12k tau.. 3 x ganda dr 1st pregnancy dulu. uhuhu.. padahal prosedur 97 % sama je. Mungkin effect GST juga. Naseb xguna duit sendiri..klu tak ..nanges juga.

Semoga Aisya Saffiya menjadi anak yang solehah



We love u Aisya

From Ayah, Ummi dan Ammar Wafi

09 May 2015

Aksesori Bilik Air

Masih belum habis nampaknya update pasal rumah yang tak seberapa.

Hari ni nak share tentang aksesori bilik air yg budget sahaja tapi penting kot untuk pelengkap  

1) Cermin muka   RM25

2) Glass shelf       RM25


  


Ni pulak extendable bathroom shelf. 



Harga before promosi RM79, kalau guna member punya point dapatla RM39.90.

Yang penting, tak perlu nak drill bagai nak pasang benda alah ni. Cuma hubby sedikit pening nak follow gambarajah sahaja di belakang kotak masa nak pasang. Mujur akhirnya berjaya. Hehe.Tenkiu encik suami :-)





03 May 2015

Masuk Rumah Baru

Semalam adalah hari pertama kami sekeluarga bermalam di rumah baru. Agak berdebar-debar juga dan sempena hari yg istimewa ini kami buat majlis kenduri kesyukuran secara kecil-kecilan dan menjemput 20 pelajar Maahad Tahfiz Al- Barakah , Santan Perlis untuk bacaan yassin .


Majlis bacaan yassin bermula pada pukul 9pg turut disertai jiran sebelah rumah.


Selesai bacaan yassin, kami turut menyediakan minum pagi untuk mereka . Kawan dan staff klinik dan jiran terdekat turut dijemput .

Menu minum pagi :
Nasi lemak
Bilis goreng
Telur rebus
Timun
Sambal asing
Ayam berempah

Bihun goreng biasa
Bihun goreng singapore

Nescafe Susu
Teh o
Kuih muih

Aiskrim kon



Seronok dan penat sebab sekarang pun mak buyung ni dah sarat 38mggu ++. Hanya menunggu hari shj.



Semoga kegembiraan kami dan sedekah yg tidak seberapa ini diterima Allah.

21 April 2015

Wardrobe untuk Master bedroom


Yeayy.. Hari ni dah approach 37w . Alhamdulillah

Terpaksa ambil day off lagi hari ni sebab ada tukang nak datang pasang wardrobe. Disebabkan kepala baby dah engaged..Maka jalan pun dah rupa macam penguin rasanya..hohoho. Terasa sangat kepala baby menekan tulang pelvis. Nak angkat kaki tinggi pun dah tak termampu rasanya. Walaupun begitu ku gagahkan jua drive dr Kuala Perlis-Arau

Seusai solat subuh, terus kejut mak untuk solat. Then keluar beli nasi lemak 3 bungkus untuk aku, mak n adik. Lapaq kott..

Nasi lemak kuah asing extra plus susu segar...Nyum2


Lepas bekfas buat lempeng pulak untuk si anak. Nasi2 beliau reject. Nak roti, pizza ja.. Selera Mat salleh betuiila. Seingat aku masa preggy dulu Ummi dia ni asek balun masakan pedas plus sambal belacan je. Heran betuii. 


Okla, berbalik pd wardrobe tadi, Punctual betul deme ni. Janji kul 1040am, 1020 am dah sampai. Terkejar-kejar den drive sebab diorang dah tunggu di Arau. Mujur sampai sebelum 1040am. Tak sempat den nak renew insurans keta dulu.

Jom layan gambar skitt




Harga almari utk 12ft1/2 RM 5400. 

Kira agak murahla juga cmpare to kedai2 lain yg sempat survey. Ada yg letak 7k untuk saiz yg sama